Siakap Keli

Berhenti Kerja Sebab Nak Jaga Anak Sendiri, Tapi Jangan Sampai Hina Ibu Yang Hantar Anak Pada Pengasuh

Ketika kita dikejutkan dengan berita kematian adik Adam Rayqal Mohd Sufi, sudah mula timbul cakap-cakap kurang enak dalam kalangan netizen yang membangkitkan isu kenapa ibu sendiri tidak mengasuh dan memilih untuk menghantar anak kepada pengasuh.

Sikap sesetengah netizen yang membanding-badingkan keupayaan mereka untuk mengasuh anak sendiri dengan segelintir ibu bapa yang terpaksa mengupah pengasuh disebabkan tuntutan kerja dilihat tidak wajar.

Menurut seorang netizen yang dikenali sebagai Puan Meera Naser, tindakan membanding-bandingkan tersebut adalah tidak perlu kerana mungkin ada pasangan terutamanya siibu yang bertugas dalam sektor yang memerlukan tenaga wanita, seperti Doktor sakit puan.

Justeru katanya, bagi memenuhi tuntutan tersebut, sudah tentu siibu tidak dapat memberikan yang terbaik dalam menjaga anaknya sendiri dan terpaksa menerima hakikat bahawa mereka perlu menyerahkan anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh.

Jadi, netizen ini meminta orang ramai berhenti menyalahkan siibu setiap kali berlaku tragedi yang tidak diingini kerana ia turut boleh mengguris perasaan orang lain dan perlu sedar bahawa, semua pasangan berkeluarga mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca perkongsiannya di bawah.

Bila ada kes anak kecil meninggal dibawah jagaan pengasuh, mulalah keluar ayat-ayat nak bangga diri “Sebab tu saya sanggup berhenti kerja pentingkan nyawa anak” , seolah yang terus bekerja ni tak pikir nyawa siapa-siapa.

Tolonglah, ubah ayat kita, semua tu mengguris hati tau tak, semua ibu ayah nak yang terbaik untuk anak-anak, kalau ikut hati siapa je yang nak kerja?

Banyak bidang memerlukan wanita harini, terutama di labour room, bila tak banyak doctor perempuan, kita juga yang complain, demand, tapi tak sedar ke kita wanita-wanita itulah antara yang tinggal anak setiap hari pada pengasuh.

Hentikanlah banding-membanding tu. Jagalah hati-hati kebanyakan ibu yang turut tidak senang hati takkala memikirkan anak mereka bersama pengasuh sekarang ini.

Sama-sama kita harap selepas ini, lebih banyak sektor dan syarikat yang boleh sediakan NURSERY KHAS buat kakitangan pekerja, insya-Allah kesan positif akan banyak terhasil dengan adanya nusrsery sebegini.

Katanya, ada sesetengah kerjaya sememangnya memerlukan kehadiran pekerja wanita bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan sempurna selain faktor sensitiviti yang perlu dijaga.

Misalnya, tugas yang dipikul oleh jururawat yang kebanyakkan adalah wanita adalah contoh dimana ada golongan ibu yang bekerjaya terpaksa meninggalkan anak-anak di pusat asuhan.

Puan Meera turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membandingkan-bandingkan keupayaan diri sendiri untuk mengasuh anak dengan ibu lain kerana ia bergantung kepada rezeki seseorang.

Jika seseorang itu diberi kiizinan untuk mengasuh anaknya sendiri, tidak perlu memerli atau menghina orang lain.

Ssebagai seorang ibu walaupun berupaya untuk mengasuh anaknya sendiri, Puan Meera nyata terkilan dengan sikap-sikap segelintir netizen yang tidak memikirkan perasaan ibu-ibu lain.

Dia pada masa yang sama turut mencadangkan ibu-ibu yang bekerja untuk meminta majikan mereka menyediakan pusat asuhan khas di syarikat mereka bagi memudahkan ibu-ibu ini bekerja dengan tenang selain memantau keadaan anak mereka dari semasa ke semasa.

Puan Meera juga berpendapat bahawa pihak-pihak yang membandingkan-bandingkan antara dua golongan ibu ini seolah-olah menuduh ibu yang menghantar anak ke pusat asuhan tidak menginginkan yang terbaik buat anak mereka.

Katanya lagi, ia juga seolah-olah sama seperti membandingkan ibu yang menyusukan anaknya sendiri dengan ibu yang memberikan anak mereka minum susu formula, adakah ibu yang memberikan susu formula itu tidak mahu memberikan makanan yang berkhasiat kepada anak mereka, soal Puan Meera.

Akhir sekali, kata Puan Meera, ia terpulang kepada rezeki seseorang. Tiada wanita yang tidak mahu mengasuh dan membesarkan anak sendiri, namun sama seperti Puan Meera, kami juga berpendapat ia bergantung kepada keadaan semasa yang perlu dilalui oleh mana-mana wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Jadi, komen dan berilah pendapat dengan adil.

Sumber : Puan Meera Naser

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.