Siakap Keli

Hukum Anak Guna Cara ‘Time Out’ – Doktor Ini Dah Buat, Lepas Buat Je Anak Terus ‘Behave’, Minta Dipeluk

Setiap ibu-bapa pasti tidak terlepas berdepan dengan pelbagai kerenah anak-anak. Bila ada anak yang tantrum iaitu mengamuk atau buat perangai, mesti ada ibu bapa yang rasa pening kepala kan? Kalau hilang sabar, habis teruk anak ditengking.

Memang ada yang berjaya menggunakan cara ini, tapi hanya memberi kesan buruk kepada mental dan emosi mereka terutamanya anak yang masih kecil. Sudahnya anak membesar dengan rasa takut dan dendam kepada ibu-bapa sendiri.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini diharap dapat dijadikan panduan untuk ibu-bapa di luar dalam mendidik anak dengan bentuk hukuman yang sesuai mengikut umur. Kaedah ‘time out’ ini berjaya mengawal kemarahan anaknya dari agresif menjadi anak yang ‘behave’. Jom cuba kaedah ini kepada anak anda !

Budak Ni Baru Gigit Mak Dia!

Saya balik je daripada masjid terus nampak isteri saya tengah pegang bahu kanannya sambil tertunduk kesakitan.

Kenapa ni sayang?? Saya dah cuak. Aduh! Kenapa ni? Dah la dengar anak saya, Solahuddin tu menangis kuat. Kenapa ni sayang?

“Solahuddin gigit. Sebelum ni dah lama tak gigit. Entah kenapa tiba-tiba nak menggigit harini” Mendatar saja suara isteri saya yang masih dalam kesakitan.

Suara Solahuddin menangis masih kedengaran daripada bilik belakang tapi nadanya dah semakin tenang.

“Dah lama ke anak kita kat dalam tu?”

” Baru je “

“Ok. Biar je. Kita tunggu 2 minit “

Ni la namanya Time Out ataupun Naughty Corner. Ni la cara hukuman terbaik untuk anak tanpa kita gunakan kekerasan fizikal.

Ni tempoh masa untuk Time Out anak kita :

Umur 1 tahun – 1 minit
Umur 2 tahun – 2 minit
Umur 3 tahun – 3 minit

Ajaib! Anak saya keluar je daripada Naughty Corner tu terus minta dipeluk dan emosinya pun dah kembali tenang. Tapi saya bagi warning juga la sambil minta dia tatap anak mata saya..

“Lain kali jangan gigit Ummi lagi ye”

Solahuddin tatap mata saya seolah mengatakan ” Saya faham Abi “..

Saya cium dan peluk kembali. InsyaAllah saya percaya anak saya ni takkan mengigit lagi.

Tolong ajar pada mak ayah yang lain juga. Benda ni sangattt penting!

p/s : Ni step mudah cara nak hukum anak yang buat benda pelik pelik seperti menggigit, sepak dan naik tangan kat mak ayah atau adik beradik. Ada masa saya perincikan lagi benda ni di Formula Mudahnya Kawal Emosi Anak dan Ibu ye.

p/s : Nanti dah tulis saya bagitahu di Telegram Nota Parenting ni. Klik je link ni untuk join t.me/NotaTaufiqRazif

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.