Siakap Keli

Jual Ubat Postinor Macam Jual Kacang, Nak Kaya Punya Pasal Tak Pikir Bahaya Pada Pengguna

Orang hari ini sanggup buat macam-macam untuk kelihatan canti. Kerana keinginan itu terlalu kuat, ada segelintir daripada kita sanggup melaburkan ribuan ringgit hanya kerana mahu tampil menawan seperti selebriti.

Tapi anda mesti tak sedar kan, sikap anda yang terlalu teruja dengan kecantikkan diri dan pasa masa yang sama, naif dengan ilmu perubatan, anda sebenarnya mendedahkan diri anda untuk menjadi mangsa kepada segelintir manusia yang nak jadi kaya, tak kisah dengan apa cara sekalipun.

Maksudnya apa? Anda mungkin tanpa sedar diperdaya oleh jurujual-jurual produk kosmetik, yang sememangnya berkemahiran untuk mempengaruhi anda untuk membeli produk mereka. Produk-produk ini dah la tidak diketahui asal usulnya, dapat kelulusan atau tidak daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, tapi yang paling penting, betul ke bagi manfaat, bukannya mudarat?

Terbaru, isu jualan ubat Postinor yang dibangkitkan oleh seorang ahli perubatan, Dr. Rusyainie Ramli ini. Menurutnya, ada individu tertentu yang menyalahgunakan produk tersebut dengan mengiklankannya sebagai produk kesihatan yang dapat membesarkan aset-aset tertentu wanita.

Namun katanya, kesan utama yang didakwa oleh penjual tersebut bukanlah tujuan utama ubat kawalan yang dikategorikan sebagai Racun Kumpulan C ini dicadangkan pengambilannya oleh doktor terlatih.

Nak tahu apa tujuan sebenar Postinor diberikan kepada pesakit? Jom baca perkongsian beliau di bawah.

JUAL POSTINOR MACAM JUAL KACANG?

1. Dikenali sebagai ’emergency contraceptive pill’ atau ‘morning after pill’.

2. Ia BUKAN kaedah merancang keluarga.

3. Dos pertama pil ni diambil DALAM MASA 72 jam selepas hubungan kelamin yang tidak dilindungi atau gagalnya kaedah kontraseptif yang digunakan.

Dos kedua mesti diambil pada 12 jam yang berikutnya. Lagi cepat ambil, lagi tinggi peratusan untuk kehamilan tidak berlaku.

4. Mengandungi LEVONORGESTREL, sejenis progestin yang punya rupa bentuk macam hormon progesteron.

5. Menghalang dari mengandung dengan melambatkan atau mengelakkan ovulasi berlaku dan seterusnya mengelakkan persenyawaan.

Maknanya, kalau dah berlaku persenyawaan dan penempelan embrio pada dinding rahim, ia tidak menyebabkan keguguran.

6. TIDAK BOLEH diambil lebih sekali dalam 1 kitaran haid. Sebab kitaran haid akan terganggu.

7. Tidak menghalang penyakit berkaitan seksual dari berjangkit.

8. Kurang berkesan kalau pada masa yang sama wanita tu ambil sesetengah ubat, macam ubat TB, HIV, atau anti kulat, jadi bincang dengan doktor atau pegawai farmasi dulu.

9. Kalau dah makan Postinor, dan haid seterusnya lambat dari biasa, pergi jumpa doktor ya.

Kandungan levonorgestrel di dalam Postinor tinggi iaitu 0.75mg untuk setiap 1 tablet. Dan akak rasa sebab tulah dia yang berani mati ni ingat boleh nak besarkan payudara. Masalahnya, dos yang dia cadangkan tu 8× lebih tinggi dari yang dibenarkan.

Seminggu 2 kali tu! Memang haid akan kucar kacir, contohnya darah haid keluar di antara 2 kitaran haid atau haid jadi lama berpanjangan.

Selain tu, kesan sampingan Postinor

1. Loya atau muntah

2. Sakit kepala atau pening

3. Penat dan lesu

4. Tegang payu dara

Tu untuk dos biasa. Kalau ikut makhluk tu punya dos, tu namanya cari pasal.

Makhluk ni gagal bab fisiologi badan. Bab farmakologi lagi lah kan. Postinor tak ada Oestrogen. Makhluk ni memang sesat.

Untuk makhluk yang mengambil kesempatan menjual pil ni, meh nak kasi tahu, pil ni dikategorikan di bawah racun Kumpulan C dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952. IA MESTI DIPRESKRIPSIKAN oleh DOKTOR ATAU PEGAWAI FARMASI berdaftar.

Dia dah sondol undang-undang.

Makhluk macam ni meh la kita laporkan pada KKM. Emel pada [email protected] Jangan benarkan mereka berleluasa.

Ramai betul sekarang nak jadi doktor atau pegawai farmasi segera kan. Akak jemput makhluk perasan ni masuk sekolah perubatan atau farmakologi. Graduan ekonomi tapi membongak pasal ubat. Berlagak pandai atas sebab nak duit berkoyan cara cepat.

Akak sikit pun tak hairan duit berkepuk atau emas berbakul dia nak tunjuk tu. Akak cuma sedih sebab netizen kena tipu lagi dan lagi.

Dahlah pengikut kat FB dia ni ramai betul. Eloklah netizen kena temberang dengan makhluk ni. Orang naif memang makanan orang tamak.

Sumber : Dr. Rusyainie Ramli

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di