Siakap Keli

Kali Pertama Terima Gaji? Berikut Cara Perbelanjaan Yang Betul

Korang yang dah bekerja, antara yang begitu dinanti-nanti adalah bila tibanya tarikh gaji kita selepas berpenat lelah selama sebulan dimasukkan ke dalam akaun kita kan. Tambah-tambah, kalau itu gaji pertama kita. Hari-hari pasti tertunggu-tunggu hari gaji.

Tiba-tiba gaji masuk, ribu-ribu pula tu, agak-agak anda yang baru bekerja, apa yang anda nak buat? Berjoli sampai habis dan tunggu gaji bulan depan pula, atau anda sudah pun merancang ke mana anda hendak belanjakan duit anda secara berhemah?

Of course ada yang nak reward diri sendiri dengan sesuatu, misalnya beli telefon bimbit baru. Berbaloi ke? Apa jata anda cuba ikut saranan yang dibuat oleh Urban Hartanah ini bagaimana anda mahu berbelanja, mengawal dan mengurus kewangan anda terutama buat mereka yang masih baru bekerja.

Tak salah kan walaupun anda masih muda tetapi sudah pun mempunyai perancangan kewangan hingga ke saat anda bakal bersara suatu hari nanti. Semoga bermanfaat.

Anda baru bekerja dan masih tidak tahu mengawal dan menguruskan kewangan anda? Jangan risau, masalah ini memang menimpa 80% fresh graduate. Siapa tak terkejut bila tiba-tiba duit beribu – ribu masuk dalam akaun.

1. Formula 70:30

Anda wajib menguruskan 70% ke arah perbelanjaan tambah total komitmen anda. Manakala baki 30% ke takaful (insurans).

Selepas 6 bulan anda jalankan rutin ini, maka sudah tiba masanya untuk anda cuba cara yang lebih hardcore yakni 50% perbelanjaan dan 50% pelaburan.

Kalau anda simpanan anda menuju ke pelaburan, sila pastikan duit tersebut beranak pinak. Cari investment yang ada dividen bukan main duit kutu.

2. Takaful (Insurans)

Admin anjurkan untuk anda spend 5% – 1-% dari gaji. Anda wajib ada takaful dan boleh buat secara flexi iaitu 5% ke medical card dan 5% ke life insuranse. Kenapa perlu ada insurans? Untuk cover kewangan anda jika secara tiba-tiba acccident dan sakit. Yang penting insurans kena ada!

Inilah time paling afdhal anda cari semula kawan anda yang jual insurans. Tips : Cari pakej bayaran rendah tetapi cover tinggi. Pastikan anda tidak over insured dan under insured. Langgan takaful untuk manfaat diri bukan kayakan syarikat insurans ok?

3. Tabung Kecemasan

Tabung kecemasan buat yang tak tahu ialah satu tabungan andai korang diberhentikan kerja dan sebagainya. Sediakan 3 bulan gaji atau 6 bulan. Jika gaji anda RM2,000 maka anda perlu sediakan sekurang – kurangnya RM6,000.

Sekurang – kurangnya, anda ada 3 bulan ‘buffer’ sebelum anda ‘die standing’. Ramai orang muda, lepas berhenti/dibuang kerja terus mati katak duit apa semua tiada. Macam ini anda nak buat dia jadi suami? Kah.

4. Rumah

Selepas anda sudah ada 6 bulan duit kecemasan dan sudah berasa tenang dan yakin dengan kerja sedia ada, tibalah masa untuk anda ke fasa baru iaitu beli rumah!

Untuk beli rumah, admin akan ajarkan anda satu ilmu sedap yakni dinamakan Formula 200 Ke Hartanah Idaman. Mudah, jika anda mampu bayar komitmen bulanan ke bank sebanyak RM700. Maka darabkan 200 : RM140,000.

Jadi, harga rumah yang anda mampu beli sekarang ialah pada harga RM140,000. Jangan stress adik-adik semua kita semua mula dari bawah. Selepas 5 tahun insya-Allah khair ala kulli hal kita upgrade ok?

Contoh: Gaji RM2,000 selepas 5 tahun ialah RM3,000 maka ada lebihan RM1,000 itu anda darabkan dengan 200. :RM200,000 (masa inilah untuk anda upgrade.)

5. Beli Kereta

Dah capai fasa ini, barulah anda beli kereta. Formula : 20 – 5 = 10.

20% : Downpayment.

5 : Tahun Pinjaman

10% : Daripada gaji anda.

Saat gaji anda pun sudah shedap, carilah kereta yang bayaran bulanannya RM300 untuk 5 tahun sahaja. Letak 20% downpayment dan pastikan komitmen kereta hanya 10% dari gaji anda.

Jauhi terikut dengan kawan anda yang gaji baru RM2,500 dah beli Honda full loan. Tak berdosa pun naik motor sebenarnya. Asalkan anda pedulitaik kan ‘pendapat orang lain terhadap anda’.

6. Kos Persaraan

Potong jari kalau ramai yang dah mula menyimpan untuk persaraan. Jarang anak muda dapat gaji menyimpan untuk hari tuanya. Kalau kawan-kawan anda ada yang menyimpan untuk persaraan, jangan lepaskan dia dan belajarlah ilmu kewangan dari dia.

Formula : Belanja Bulanan x 200. Contoh : RM800 x 200 : RM160,000.00.

Makanya, anda perlu pastikan anda mempunyai sekurang – kurangnya amaun ini (RM 160 ribu) apabila pencen pada umur 55 tahun kelak.

Formula dan guideline adalah sebagai panduan anda sahaja. Jika anda boleh simpan lebih, maka lebih bahagia hari pencen anda kelak.

8. Kad Kredit.

Bagi mereka yang tersilap langkah dalam kad kredit dan telah swipe untuk dapatkan cash, ketahuilah bunganya mencecah 24%.

Sila HAPUSKAN hutang kad kredit ini dahulu sebelum anda membayar hutang lain yang kadar bunganya hanya 4% – 8% sahaja.

Bonus: Langkah – Langkah Beli Rumah Selepas Gaji Pertama.

1. Kerja 3 bulan.

Beli motor secondhand. Tahukah anda, dengan modal RM1,200 anda mampu mendapatkan sebuah motor secondhand.

2. Mohon Kad Kredit

Tujuan mohon kad kredit adalah untuk menggalakkan anda menjadi cashless sambil itu anda akan mempunyai rekod CCRIS.

Pandai swipe panda bayar ok.

3. Penyata Bank

Cantikkan Bank Statement untuk 6 Bulan. Pastikan anda bayar komitmen ASBF atau kad kredit anda dengan baik. Jaga skoring ya.

4. Deposit

Kumpul Deposit. Target rumah harga RM120,000.00 dan anda perlu kumpul RM12,000.

5. Beli Rumah

Beli Rumah. Penuhkan ilmu di dada dan kenalpasti tujuan anda untuk beli rumah samada untuk dihuni atau disewa ok?

Sumber : @twthartanah

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.