Siakap Keli

Sejuk Ya Dalam Peti Tu? Takpe Sayang, Nanti Masuk Syurga Semua Indah Adam Dapat – Ibu

Tiada yang lebih sedih apabila melihat duka cita seorang ibu berdepan dengan situasi yang paling sukar, iaitu kehilangan anak tercinta.

Setelah 9 bulan bayi dikandung dengan penuh kasih sayang, segala persiapan sudah pun disiapkan dan tiba masanya lahir dengan penuh rasa cinta namun tidak sempat pun melihat dia membesar, segalanya hilang sekelip mata.

Kejadian ini benar-benar berlaku apabila seorang bayi berusia 5 bulan didakwa hilang petang semalam dari rumah pengasuh dan sejak berita itu diketahui, seluruh rakyat Malaysia membantu dengan berkongsi melalui laman media sosial bagi menjejak kehilangan bayi tersebut, Adam.

Tapi, sudah terlambat apabila pada 11 malam tadi Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui mati di dalam rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves dengan tubuh anak kecil itu ‘disumbat’ kedalam sebuah beg berwarna hijau di bahagian sejuk beku peti ais.

Kehilangan Adam disedari apabila ibunya, Farah Madiha ingin menjemputnya pulang seperti hari-hari biasanya.  Namun, semalam tidak seperti hari-hari yang lainnya kerana kali ini, ibunya pulang ke rumah tanpa Adam.

Sebak memikirkan kejadian yang menimpa keluarga mangsa terutama kedua ibu bapanya.  Hati diruntun hiba apabila melihat status yang dikongsi ibu Adam melalui laman Facebook miliknya terhadap apa yang terjadi.

Bukan mudah untuk merelakan apa yang terjadi, namun sabar dengan ketentuan Allah adalah kunci segala-galanya.

Semoga Allah kuatkan hati ibu bapa ini roh adik Adam dicucuri rahmat.

Sumber: Facebook Farah Madi

Nur Farra