Siakap Keli

Seronok Sangat ‘Laga’ Pipi Masa Raya, Sudahnya Sampai Muka Kena Jangkitan Kuman

Wajah yang bersih dan bebas dari cela menjadi impian semua orang. Tapi bayangkan muka anda yang bebas jerawat sudahnya perlu dibelah dek kerana jangkitan kuman, ngeri bukan?

Perkongsian oleh Puan Hidayah Saari mungkin boleh dijadikan peringatan oleh semua. Pipi kanannya perlu ditoreh dan dijahit semula untuk mengeluarkan nanah dan ketulan yang semakin membesar. Kalau yang suka sangat ‘laga’ pipi dengan orang tu, baiklah berhati-hati supaya kes seperti ini tidak berulang.

Tapi pada masa yang sama, kebersihan wajah pun perlu diutamakan. Malas cuci muka dan tabiat pegang muka dengan tangan yang kotor pun boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Semoga bermanfaat !

Bagi yang follow kes muka kena toreh, korek dan jahit balik sebelum ni,dah bukak benang jahitan tau. 

Kes dia bermula macam ni. Amaran Keras : Post ni panjang yakmat. Tak larat baca scroll laju-laju.

Masa raya ketiga perasan ada “biji” kecik naik kat muka. Sebab ingat jerawat, so abaikan ja dia. Then keesokannya makin besar dari hari ke hari. Tak tahan sangat sebab berdenyut-denyut plus picit sendiri tak pecah-pecah sebab takda mata.

Raya kelapan, start keta pagi-pagi buta terus pi klinik pakar kulit sorang-sorang. Tinggal baby kat abah dia sampai ja kat doc doc marah awat mai lambat? Sampai ketulan ni dah keras baru nak mai. Dah jadi nanah kat dalam.

Dia kata bukan bisul, bukan jugak jerawat. Tapi jangkitan kuman. Dia kelebek la muka ni. Dia kata takda bekas jerawat baru. Kadang jadi camni sebab kita picit jerawat pastu jari kotor pi pegang pipi blah takda jerawat, dia naik.

Doc kata mungkin seronok sangat dok laga pipi time raya, taktau orang yang kita laga pipi tu baru lepas picit jerawat ka, ada jerawat nanah ka. Pastu dia mintak nak belah terus ketulan kat pipi ni, takleh biar dah. Dia terus belah dan korek. Keluar la nanah ketul-ketul besar beras belambak.

Esok tu pulak (raya kesembilan) masa pi dressing luka doc kata kulit yang dia belah tu takleh cantum dah sebab dalam kosong. So kena jahit. Zass jahit pulak 4 jarum.

Alhamdulillah hari ni dah setel buang benang jahitan..luka pon dah ok.. Cuma tinggal parut.. Moral of the story dia jangan seronok sangat laga pipi dgn org ikut dan. Seronok laga pipi, pipi sendiri berlubang satgi.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.