Siakap Keli

Setia Hujung Nyawa, Anjing Mati Ketika Cuba Selamatkan Tuannya

Seluruh penduduk kampung Kalkondanpatti di Uttar Pradesh, India dilanda kesedihan setelah tersebarnya berita kematian salah seorang penduduk kampung yang bekerja sebagai penternak bersama-sama dengan anjing miliknya.

Apa yang membuatkan penduduk kampung ini bersedih adalah disebabkan cara kematian mereka dan kisah daripada seorang saksi mengenai sifat kesetiaan yang dipamerkan oleh anjing tersebut.

Menurut laporang media, mangsa yang dikenali sebagai M Mokkusu maut akibat terkena renjatan elektrik ketika mahu menyelamatkan kerbau miliknya yang lebih awal terkena renjatan elektrik akibat terpijak kabel yang terjatuh di atas tanah miliknya.

Mangsa yang tidak menyedari kewujudan kabel tersebut kemudian terpijak lalu turut terkena renjatan elektrik. Menurut laporan media, mangsa ketika itu sedang membawa ternakannya ke padang ragut sebelum kedua-duanya terkena renjatan elektrik.

Ketika itulah, anjing milik mangsa daripada baka Indian Mongrel, datang membantu dengan menggigit dan cuba menarik kabel tersebut, namun malangnya, anjing tersebut turut terkena renjatan dan mati dalam keadaan mulut masih menggigit kabel elektrik tersebut.

Pihak polis yang menerima aduan segera bergegas ke lokasi kejadian dan mematikan bekalan elektrik, namun semuanya sudah terlambat buat Mokkusu, lembu dan anjingnya.

Kawasan itu kemudian dipenuhi orang ramai setelah berita kematian dan ‘kesetian’ anjing itu tersebar.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.