Siakap Keli

Shopee Tawar Diskaun 20% Untuk Tiket Final Piala FA

4 Julai – Pasaran  mudah alih terkernal di Asia Tenggara dan taiwan, Shopee menerusi kerjasama dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang menawarkan 20 peratus untuk tiket perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu Ini.

Pengaraha Urusan Serantaunya Ian Ho berkata tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM42 berbanding harga biasa RM52.50 (RM50 harga tiket dan RM2.50 fi pemprosesan dalam talian).

“Tawaran ini hanya sah menerusi Shopee di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Selangor dan Pahang akan berentap di pentas akhir Piala FA selepas kedua-dua pasukan berjaya mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.

Satu lagi berita menarik, jika anda menggunakan Shopee dan berbelanja RM50, anda layak menggunakan kod baucer KELI7 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM7 untuk satu pembelian. Khas untuk pelanggan kali pertama Shopee saja.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)