Siakap Keli

Tiada Yang Lebih Baik Dan Penyayang Seperti Bapa Saya, Luahan Anak Najib

Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa tampil meluahkan isi hatinya di instagram yananajib selepas pelbagai kontroversi hingga membawa kepada penahanan bapanya itu petang semalam.

Nooryana memuatnaik naik sekeping gambar bekas perdana menteri itu yang memegang anaknya Adam Razak sambil memandang potret keluarga.

Menyifatkan bapanya sebagai ‘family man’ yang sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaan, tidak ada yang  lebih baik, lembut dan penyayang selain bapanya itu.

“Walaupun menghadapi ujian getir hari ini, beliau masih tersenyum, ketawa dan memeluk kami… beliau lebih risaukan keluarga berbanding diri sendiri,” katanya.

Gambar : instagram yananajib

Nooryana juga meminta rakyat Malaysia meluangkan masa mengingati bapanya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang semalam.

Selama 42 tahun, beliau (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehingga tidur malam semula. Marilah kita memikirkan tentangnya kali ini ketika beliau sangat memerlukan kita.

Gambar : instagram yananajib

“Marilah kita ingati beliau buat sekali ini tatkala beliau amat memerlukan kita. Anda boleh mengaibkan seseorang tapi Allah tahu.

“Kalau ini boleh berlaku kepada pemimpin kita, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja dalam kalangan kita, namun kami percaya Allah tidak tidur,” tulisnya lagi.

Anak sulung daripada dua beradik itu turut mencatat luahan hatinya berserta dengan hastag#freenajib #respectcivilliberties #thestruggleisreal #pray4dsn”.

Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada pukul 2.35 petang Selasa.

Pada pagi ini, Datuk Seri Najib Tun Razak telah didakwa di mahkamah dengan tiga pertuduhan rasuah dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Namun beliau telah dibebaskan dengan jaminan RM1 juta berserta dua penjamin.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.