Siakap Keli

Tips Mudah Untuk Anda Kumpul Deposit Rumah Dalam Masa 1, 3 Dan 5 Tahun

Mempunyai tempat tinggal yang selesa, cantik dan besar menjadi impian ramai orang. Selepas penat bekerja, kita pasti mahu pulang dan berehat dengan selesa di rumah, dan lebih indah jika rumah yang kita luangkan masa setiap hari itu dia atas nama kita, bukan lagi rumah sewa.

Tapi untuk mempunyai rumah sendiri, ia bukanlah perkara yang mudah disebabkan harga rumah yang terus meningkat setiap hari, seolah-olah tidak berpenghujung. Kalau tengok harga rumah yang bernilai ratusan ribu, sememangnya siapa pun boleh pitam. Tapi itulah hakikat yang perlu kita hadapi.

Apa yang anda perlu buat sebelum berangan-angan untuk memiliki rumah adalah dengan mula mengumpul deposit terlebih dahulu. Deposit rumah ini amat penting untuk disediakan, yalah takkan anda hendak menyewa hingga ke tua. Tapi, bagaimana anda mahu menyimpan wang deposit dan berapa lama?

Setiap kali gaji masuk, terlalu banyak komitmen yang perlu diselesaikan. Sudahnya, tiada lagi baki dalam akaun yang boleh disimpan untuk dibuat deposit rumah. Apa kata anda ikut sahaja panduan yang dibekalkan oleh portal Hartabumi.com ini bagaimana mahu mengumpul deposit rumah dalam tempoh 1, 3 dan 5 tahun.

1 TAHUN

Menetapkan tempoh selama satu tahun untuk menyimpan deposit rumah sesuai untuk mereka yang masih tidak mempunyai banyak komitmen atau mereka yang baru memulakan kerja dan tidak mempunyai tanggungjawab yang banyak.

Apa yang anda perlu buat adalah ikut sahaja tips-tips yang dikongsikan di bawah ini :

1. Rekodkan Perbelanjaan

Penting. Bagi mereka yang kurang tanggungjawab atau komitmen, pastinya anda mempunyai banyak lebihan wang yang tidak dibelanjakan di dalam akaun.

Apa kata anda muat turun sahaja aplikasi-aplikasi yang disediakan di Google Store ataupun Apple Store yang dapat membantu anda menguruskan perbelanjaan bulanan anda.

Jadi, sekiranya anda mempunyai lebihan wang yang banyak tidak dibelanja, masukkan saja ia ke dalam tabung deposit rumah anda.

2. Elakkan Kad Kredit

Jika anda berhajat untuk menyimpan deposit dalam tempoh 1 tahun, Hartabumi.com menasihati anda supaya mengelak daripada memiliki kad kredit.

Kami juga mempunyai pendapat yang sama, jika anda mempunyai kad kredit, anda bakal menambah tanggungan anda dan memberi masalah kepada setiap kali mahu membayar kembali.

3. Tabung Warna Warni.

Guna tabung yang lut sinar dan asingkan duit mengikut warna. Tentu anda bersemangat untuk menabung kan setiap kali melihat wang yang berwarna-warni itu.

Anda mungkin pernah melihat tips ini dikongsi di media sosuial, ia pasti berkesan. Tak percaya, cubalah.

4. Melabur Dan Kumpul Dividen

Simpan duit anda misalnya dalam Tabung Haji, ASB atau Bank Rakyat yang berisiko rendah tetapi boleh memberikan pulangan tinggi kepada anda dalam bentuk dividen.

Jadi anda boleh menggunakan keuntungan daripada pelaburan anda sebagai simpanan untuk deposit rumah.

5. Wang Simpanan KWSP 2

Jika anda sudah bekerja untuk tempoh yang lama, apa kata anda keluarkan simpanan KWSP 2 anda untuk membeli rumah. Lebih mudah untuk anda mendapatkan wang deposit dengan segera.

6. Peka Dengan Berita Sektor Hartanah

Bila anda menyimpan cita-cita untuk membeli rumah, anda mestilah sentiasa peka dengan berita-berita berkaitan pasaran hartanah dari semasa ke semasa.

Ambil tahu berita-berita mengenai pemaju yang terlibat dalam penipuan hingga rumah yang dibina terbengkalai dan pembeli mengalami kerugian setelah menyerahkan deposit.

Yalah, takkan lah anda selepas berpenat lelah mengumpul wang deposit, anda mahu serah bulat-bulat dan menjadi mangsa penipuan kan.

3 HINGGA 5 TAHUN

Buat mereka yang berhajat untuk menyimpan wang deposit dalam tempoh tiga hingga 5 tahun, anda mungkin akan mempunyai tanggungjawab dan komitmen yang bertambah banyak dari tahun ke tahun.

Pada masa yang sama, anda yang sudah bekerja untuk tempoh tiga hingga lima tahun, bermakna anda sudahpun mempunyai kerjaya yang stabil dan serius dalam soal pembelian rumah.

Jadi, sementara menunggu wang deposit anda mencukupi, apa yang anda perlu buat adalah memilih hartanah yang strategik sebagai perkara utama sebelum membeli rumah.

Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan-pengetahuan dunia hartanah, faham selok belok yang perlu anda lalui sebelum mendapatkan rumah serta terma-terma yang diguna pakai.

Semoga impian anda dan kami untuk memiliki rumah tercapai.

Sumber : Hartabumi.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.