Siakap Keli

(Video) Baru 2 Tahun, Tapi Si Cilik Ini Sudah Kenal 71 Bendera Negara, Mengagumkan

Apabila melihat video ini, ramai yang merasakan kanak-kanak perempuan ini sangat bijak kerana kebolehannya sangat mengagumkan ! Tahap ingatannya yang kuat tidak setanding usia pastinya membuatkan orang dewasa berasa tercabar.

Masakan tidak, pada usia dua tahun, si cilik ini mampu menghafal dan mengenal pasti lebih 70 nama negara dan ibu kotanya dengan hanya melihat bendera.

Video keletah kanak-kanak tersebut dirakamkan oleh ibunya Emeraldine Hilongo di kediaman mereka di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat.

Ia kemudiannya dimuat naik ke laman Youtube dan media sosial sebelum menjadi perhatian ramai.

Menerusi video itu, dia ditunjukkan bendera Ukraine, Perancis dan Finlands sebelum dapat meneka nama negara itu dengan tepat.

Lebih mengagumkan, dia juga berjaya menjawab nama ibu kota bagi negara-negata tersebut.

Menurut ibunya, dia mendedahkan kanak-kanak itu sudah boleh menyebut lebih 20 perkataan sewaktu berusia hanya 18 bulan.

Ia disahkan oleh doktor yang menganggap bahawa perkembangan mental kanak-kanak itu melebihi tahap normal untuk individu seusia dengannya.

“Kami mendapatkan kad dengan nama negara dan bendera. Tak sangka dia berminat.

“Apa yang kelakarnya dia lebih suka bermain kad itu daripada melayan kami. Dia sentiasa mendekati kami untuk bertanyakan mengenai nama negara dan ibu kota,” ujar Hilongo.

Sumber : Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.