Siakap Keli

9 Maut Di Eropah Akibat Terkena Jangkitan Wabak Listeria Selepas Makan Jagung Manis Sejuk Beku

Pegawai kesihatan eropah telah memberi amaran kepada orang ramai diatas kematian 9 orang dari benua itu disebabkan kes listeria yang dijumpai didalam sayuran sejuk beku.

Agensi Standards Food meminta orang ramai untuk memastikan mereka memasak terlebih dahulu kesemua sayuran beku yang dibeli sebelum memakannya.

Listeria merupakan bakteria yang ditemukan didalam tanah, air dan tumbuh-tumbuhan.  Makanan yang mengundang bakteria ini adalah seperti tembikai yang sudah dipotong, salad sejuk, makanan laut, salmon dipanggang, produk tenusu yang dipastur dan jeruk mentah.

Austria, Denmark, Finlad dan Sweden antara negara yang mempunyai kes jangkitan listeria daripada jagung manis sejuk beku dengan kadar yang tinggi iaitu sebanyak 47 kes.

Menurut Pihak Berkuasa Keselematan Eropah, 9 daripada mereka berakhir dengan kematian.

Dua daripada 11 kes UK menggunakan jenama jagung beku yang sama dari pasar raya yang sama, yang diketahui dibekalkan oleh Hungary.

Kebanyakkan yang terkena jangkitan akan mengalami gejala ringan seperti muntah dan ciri-birit.  Walau bagaimana pun komplikasi itu boleh menjadi lebih serius sehingga mengakibatkan gangguan sistem imun.

Doktor Kathie selaku ketua Unit Rujukan Bakteria Gastrointestinal England berkata, “cara terbaik untuk mencegah listeria adalah dengan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra