Siakap Keli

‘Berkulit Putih’ Lambang Kecantikkan Seorang Wanita?

Cantik…

Apa itu cantik? Emma Watson pernah berkata bahawa kecantikan itu datang dari dalam diri, jikalau seseorang itu cantik hatinya, maka luarannya akan turut cantik. Pengasas kosmetik ternama dunia, Marc Jacob mengganggap kecantikkan itu unik dan semulajadi malah ianya tetap menarik walaupun tidak sempurna. Manakala John Keats yang merupakan sasterawan dari barat menyatakan bahawa kecantikan itu ialah kebenaran dan kebenaran ialah kecantikan, Itu sahaja yang kita tahu dan setakat itulah yang kita perlu tahu.

Apabila disebut tentang ‘cantik’, umum akan terus terbayang perkara yang indah. Hal ini kerana cantik itu sinonim dengan sesuatu yang sangat elok dan dapat menarik perhatian (1). Selain itu, apabila disentuh mengenai kecantikkan, wanita adalah golongan pertama yang akan ‘berlumba’ untuk mengejarnya. Sesungguhnya  wanita dan kecantikkan tidak boleh dipisahkan.

Untuk cantik, wanita sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka kelihatan menarik dan bergaya di hadapan orang lain. Malah, ada wanita yang sanggup membuat pembedahan plastik demi untuk mendapatkan wajah dan badan idaman mereka (2). Mereka rela menahan sakit berbulan-bulan demi untuk memuaskan keinginan mereka memiliki tubuh dan wajah impian.

Gambar : Google

Putih Itu Cantik

Kecantikkan wanita sebenarnya tidak terhad kepada kecantikkan wajah sahaja, tetapi juga kecantikkan warna kulit, bentuk badan, rambut, dan sebagainya. Namun sesetengah wanita di Asia meletakkan penanda aras untuk kecantikkan, Mereka menganggap bahawa badan yang kurus, mempunyai kaki panjang  persis model,bermata bundar, berkulit putih dan licin sebagai ciri wanita cantik ‘sempurna’. Oleh yang demikian, kebanyakkan wanita di Asia termasuk Malaysia berpusu-pusu untuk mencapai ‘tanda aras’ tersebut.

Hal ini dinyatakan oleh seorang pengkaji di Jabatan Sosiologi Universiti Toronto, Kanada yang membuktikan dalam  dalam kajiannya bahawa wanita Asia telah meletakkan ciri-ciri bagaimana wanita sepatutnya kelihatan (rupa) dan bagaimana wanita sepatutnya berkelakuan (tingkahlaku). Hal ini dipengaruhi oleh kawasan bersekitaran seperti masyarakat sekeliling, nilai yang diterapkan oleh ibu bapa, budaya dan agama (3).

Putih dan Persepsi Mengenainya

Penyanyi Pop Nigeria, Dencia pernah mengeluarkan produk sendiri yang bernama Whitenicious. Produk beliau mendapat sambutan yang baik apabila berjaya dijual dalam masa 24 jam. Namun, bintang tersebut telah dikritik  kerana menjual produk berbahaya berkonsep’skin bleaching‘. Whitenicious sangat popular di kalangan wanita nigeria memandangkan 77% peratus daripada mereka sememangnya menpunyai kecenderungan dalam penggunaan produk pemutih. Dalam pada itu, di India, lambakan produk pemutihan menjadi sangat popular di mana hampir 61 peratus daripada penjagaan kulit yang dikeluarkan mempunyai agen pencerah.

Menurut Alice Walker, seorang penulis, isu tersebut dikaitkan dengan Colourism. Colourism merujuk kepada diskriminasi kepada masyarakat yang mempunyai kulit lebih gelap. Golongan berkulit cerah dilihat menarik dan diberikan keutamaan dalam pelbagai aspek. Di samping itu, kajian juga menunjukkan dua pertiga daripada lelaki Nigeria mengatakan mereka lebih suka isteri yang mempunyai kulit lebih cerah.

Gambar Alice Walker : Google

Lyanla Vanzant yang merupakan seorang penulis Afrika-Amerika, Colourism seumpama membawa masyarat kembali ke zaman perhambaan. Zaman di mana anak-anak berkulit gelap menjadi hamba kepada keluarga berkulit putih. Anak yang dilahirkan berkulit putih akan mendapat layanan yang istimewa manakala hamba berkulit hitam bekerja di ladang atau berada di rumah untuk melayan perempuan simpanan tuan mereka (berkulit putih) (4).

Gambar Lyanla Vanzant : Google

Pengasas sebuah NGO di India, Kavitha Emanuel menegaskan bahawa perkara tersebut bermula semasa kanak-kanak lagi. Saudara mara akan mula membandingkan warna kulit masing-masing, kulit yang lebih cerah selalu dipuji cantik dan begitulah sebaliknya. Pengasas Woman of Worth itu mengatakan bahawa kempen ‘Dark is Beuatiful’yang di lancarkan pada tahun 2009 itu bukan untuk menerapkan sentimen ‘anti-orang putih’ tetapi untuk memjelaskan kepada orang ramai supaya menghargai semasa manusia tanpa mengira warna kulit (5).

Gambar Kavitha Emanuel : Google

Lelaki lebih Tertarik Kepada Wanita Berkulit Cerah

Menurut penyelidikan terbaru, para pengkaji menyatakan dalam kajian mereka bahawa lelaki sebenarnya tidak sedar bahawa mereka sebenarnya lebih tertarik kepada wanita yang berkulit cerah. Sementara bagi golongan wanita pula, mereka lebih menyukai lelaki berkulit gelap. Kajian itu juga menunjukkan walaupun berlainan bangsa, wanita berkulit putih dilihat lebih ideal. Hal ini dikaitkan dengan persepsi bahawa kulit yang cerah melambangkan kecantikkan, kebijaksanaan, kegembiraan, kesucian dan nilai-nilai yang positif. Sementara itu, wanita yang berkulit agak gelap dikaitkan dengan sifat negatif seperti kurang cerdik, kurang cantik dan sebagainya (6).

Baumann dalam kajiannya mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosial. Boleh dikatakan, mitos lelaki lebih menyukai wanita berkulit putih kini menjadi fakta.

Wanita Malaysia Obses untuk Putih

Gambar : Google

Kini, dapat dilihat sendiri bahawa masyarakat kita sememang obses untuk memiliki kulit putih. Selebriti tempatan dan Sosial Influencer berkulit putih dijadikan sebagai idola. Banyak daripada mereka yang menjadi duta produk pencerah, tidak kira sama ada produk kosmetik mahupun produk penjagaan kulit. Malah, ada di antaranya yang mengeluarkan produk sendiri (7).

Sejak tahun 2014, pihak kementerian telah mengumumkan industri kecantikan ini memberi untung kira-kira RM30 juta kepada negara. Pihak mereka juga terus menggalakkan pengusaha kecantikan dan kesihatan tempatan perlu mengambil peluang menguasai pasaran global. Selain itu, statistik juga menunjukkan industri kosmetik dan kecantikan merupakan antara lima eks­port utama Malaysia bagi industri gaya hidup dengan nilai RM1.25 bilion pada 2016. Manakala pada tahun 2011 dan 2016 nilai eksport ke­seluruhan adalah berjumlah RM12 bilion.

Lambakan Produk Pemutih yang Banyak

Dr Mariani Abdul Hamid menyatakan terdapat banyak jenama tempatan di pasaran sekarang, kebanyakannya bergantung kepada kepakaran pihak lain untuk melakukan kajian dan penyelidikan. Namun lakan menjadi masalah sekiranya pengasas produk tersebut tidak mengetahui tahap keselamatan kandungan bahan yang digunakan. Selain itu, akan timbul masalah sekiranya produk yang diasaskan mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri, hidroquinon, tritenoin yang boleh merosakkan kulit (8).

Gambar : Google

Beliau yang merupakan Ketua Penyelidik Kosmeseutikal dan Wangian Institut Pembangunan Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia (iBD UTM)  menambah bahawa kebanyakan produk tersebut akan memberi kesan segera seperti memutih dan melicinkan kulit. Namun, terdapat kesan jangka panjang yang bahaya seperti keradangan dan kanser kulit.

Lambakan produk pemutih tersebut ibarat cendawan tumbuh selepas hujan akibat daripada permintaan yang tinggi dari orang ramai terutamanya wanita tanpa mengira peringkat usia. Produk pencerah kulit biasanya difomulasi dengan satu atau kombinasi beberapa bahan sepertu vitamin c, asid kojic, asid hydroxyl alpha, nicotinamide, arbutin, ekstrak tumbuhan dan lain-lain. Bahan-bahan tersibut seterusnya bertindak terhadap proses penghasilan melanin iaitu sejenis bahan dalam badan yang mempengaruhi warna kulit manusia.

Gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

Pihak kementerian juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai produk pemutih yang mengandungi bahan terlarang. Merkuri adalah sejenis logam berat yang merbahaya juga turut dikesan di dalam sesetengah produk pencerah wajah. Akta Racun 1952 menyatakan bahan tersebut hanya dibenarkan dalam produk farmaseutikal yang berdaftar dengan KKM dan bukan di dalam bahan kosmetik (9). Namun Ia masih boleh digunakan tetapi hanya di bawah pengawasan professional kerana ia boleh mendatangkan kesan mudarat yang serius kepada pengguna.

Jangan ‘Membunuh Diri’ Demi untuk Putih

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini sebenarnya telah mengharamkan produk pemutih muka yang mengandungi bahan-bahan seperti merkuri dan hydroquinone yang tinggi serta tidak disyorkan oleh ahli dermatologi. Malah kajian juga mendapati sebanyak 75 peratus daripada wanita Nigeria telah menggunakan produk mencerahkan kulit yang tidak mendapat kelulusan daripada mana-mana pihak bertanggungjawab.

Oleh sebab itu, pihak kementerian menasihati para pengguna untuk memastikan produk yang digunakan mendapat kelulusan (disaring dan dibuat ujian makmal). Pihak kementerian terbabit mampu mengenal pasti bahan-bahan yang digunakan sekali gus mengelakkan penggunaan bahan kimia terlarang dalam produk pencerah muka melalui ujian tersebut.

Pihak kementerian menyatakan dalam sebuah kenyataan tentang bahan-bahan yang diharamkan adalah seperti hydroquinone yang  digunakan bagi pemprosesan getah kerana bahan kimianya yang terlalu kuat. Ianya juga bertindak membunuh melanocytes, sejenis sel bagi menghasilkan melanin dan menyebabkan kulit semakin cerah, nipis dan mengelupas (10).

Bahan ini juga menghalang proses pigmentasi pada muka iaitu kurang perlindungan daripada sinaran UV yang boleh mengakibatkan kanser kulit. Pengguna akan merasai kesan sampingan dalam jangka masa yang panjang. Mereka akan berasa tidak sihat, pening kepala, emosi tidak stabil serta mengalami masalah ingatan. Malah, ada di anatara pengguna yang akan Bukan itu sahaja, malah ada antara pengguna yang akan sesak nafas dan mengalami bengkak pada wajah, bibir dan lidah.

Sememangnya produk kecantikan mengandungi bahan seperti hydroquinone mampu memberi kesan putih pada kulit wajah tetapi dalam jangka masa yang singkat. Namun pabila digunakan secara berpanjangan pengguna mula merasai masalah kulit kering dan gatal pada wajah mereka.

Tidak salah untuk putih, tapi janganlah sampai membahayakan diri. Kaji dahulu produk yang hendak digunakan sebelum membeli. Pastikan produk tersebut mempunyai kelulusan daripada kementerian. Jangan terlalu percaya produk yang diiklankan, lebih-lebih lagi di media sosial. Jadilah pengguna yang bijak.

 

Rujukan 
(1) Kamus Dewan Edisi Keempat (2005)

(2) Kr, 2018, Demi untuk Cantik Wanita ini Sanggup 2 Bulan Tidak Senyum, Ngeri Tengok Penangan Plastik Surgery, Sumber dipetik daripada http://www.nona.my/demi-cantik-wanita-ini-sanggup-2-bulan-tak-senyum-ngeri-tengok-penangan-plastic-surgery/

(3) S. Baumann, 2008, The moral underpinnings of beauty: A meaning-based explanation for light and dark complexions in advertising, Jurnal Penyelidikan Empirikal Kebudayaan, Media dan Seni, Penerbitan Elsevier.

(4) Daily Life, 2014, Why the obsession with lighter skin. Sumber dipetik daripada http://www.dailylife.com.au/news-and-views/dl-culture/why-the-obsession-with-lighter-skin-20140203-31wil.html/

(5) Mary Rose, 2017, Dark is beautiful: the battle to end the world's obsession with lighter skin. Sumber dipetik daripada https://www.theguardian.com/inequality/2017/sep/04/dark-is-beautiful-battle-to-end-worlds-obsession-with-lighter-skin

(6) Roger Dobson, 2008, Men, women & the secrets of skin colour, Sumber dipetik daripada https://www.independent.co.uk/news/science/men-women-the-secrets-of-skin colour-796610.html

(7) Jacky Hussein, 2016, Produk Pencerahan Kulit, Mengapa Wanita Terlalu Obses, Sumber Dipetik daripada https://stail.my/cerita/kecantikan/produk-pencerahan-kulit-mengapa-wanita-terlalu-obses/

(8) Rashidah Ibrahim, 2017, Pencerah Kulit Wajah, Sumber dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/node/204462

(9) Kementerian Kesihatan Malaysia, 2018, Akta Racun 1952, Sumber dipetik daripada https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/akta-racun-1952-peraturan-peraturannya.html

(10) Ayshah Jamaludin, 2016, Bahana Produk Pencerah Wajah Kepada Pengguna, Sumber dipetik daripada http://www.utusan.com.my/rencana/forum/bahana-produk-pencerah-wajah-kepada-pengguna-1.374088/

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.