Siakap Keli

Kerajaan Arab Saudi Tetapkan Kuota Haji, Tiada Kaitan Dengan Hal Politik – Fuziah Salleh

Selepas Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan bahawa kuota jemaah haji Malaysia dikurangkan oleh Kerajaan Arab Saudi, kini giliran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh menegaskan kuota tersebut ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi dan tiada kaitan dengan hal politik.

Tambahnya lagi, kuota yang diberikan berdasarkan populasi sesebuah negara dan kerajaan Arab Saudi masih mengekalkan kuota Malaysia seramai 30,200 jemaah iaitu 0.01 peratus daripada rakyat negara ini.

“Sebenarnya kuota haji memang sekitar 30,000 setiap tahun, tahun ini 30,200 dan jumlah itu akan berkurang atau lebih sikit setiap tahun tapi masih dalam lingkungan 30,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sebelum merasmikan majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2017 dan Graduasi Felo Muda Dakwah (FMD) di sini hari ini.

Semalam, Tabung Haji (TH) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat atau mengurangkan kuota haji rasmi Malaysia pada musim ibadah berkenaan tahun ini.

BACA: Kuota Haji Malaysia Kekal 30,200 Jemaah, Nafi Laporan Kuota Dikurangkan

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)