Siakap Keli

Lebam, Bagaimana Kesan Ini Terjadi Atas Tubuh Badan Kita?

Apa itu lebam? Bagaimana lebam terjadi? Adakah ianya bahaya atau ini perkara biasa?

Hal ini menjadi tanda tanya ramai masyarakat yang kurang pemahaman berkaitan isu ini. Lebam pada tubuh badan seseorang muncul kerana pelbagai sebab. Ramai yang cenderung untuk mempercayai bahawa lebam dan hematoma adalah satu fenomena yang sama. Namun, sebenarnya, terdapat perbezaan tertentu. Lebam berlaku akibat kerosakan pada kapilari, dan hematoma,iaitu pendarahan dalaman, yang lebih berbahaya kepada fenomena manusia (Rujukan 1).

Hematoma, didefinisikan sebagai sekumpulan darah  yang diluar pembuluh darah. Hal ini yang menyebabkan lebam berlaku.

Bagaimana Lebam Berlaku?

Lebam berlaku akibat kebocoran pada salur darah di lapisan kulit. Lebam sering dialami oleh kanak-kanak semasa melakukan aktiviti seharian mereka. Mereka kerap jatuh semasa bermain, terlanggar sesama sendiri atau terlanggar perabot. Lebam yang membimbangkan adalah lebam yang berlaku secara spontan atau lebam yang berlaku lebih dari sepatutnya dan hanya disebabkan oleh kecederaan ringan.

Lebam terjadi apabila seseorang terseliuh ataupun terjatuh adalah disebabkan saluran darah ataupun kapilari yang pecah pada bahagian terbabit. Sebagai contoh jika kita jatuh, tangan atau kaki terkena dinding dan lebam. Saluran darah pada bahagian tangan tersebut telah pecah dan menyebabkan darah masuk dan berkumpul dalam tisu yang terlibat. Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi lebam/bengkak.

Selain itu, pendarahan tidak normal boleh disebabkan oleh permasalahan salur darah (gangguan vaskular, permasalahan kuantitif atau kualitif sel darah yang dikenali sebagai platele dan proses pembekuan darah yang kurang berkesan( Rujukan 2).

Sumber gambar : Wanista.com

 

Peringkat Lebam

Pakar mengenalpasti peringkat lebam yang berbeza mengikut jenis kecederaan. Pada peringkat pertama dimana kecederaan kecil di bahagian kulit yang membuat seseorang merasa sakit ringan dan kemudian lebam selama beberapa hari.

Seterusnya, pada peringkat kedua dimana seseorang mengalami kecederaan yang sedikit teruk sehingga warna lebam agak pekat. Kecederaan ini selalunya melibatkan kecederaan otot.

Peringkat lebam ketiga adalah kecederaan pada otot yang serius. kecederaan ini kadang-kala boleh merisikokan seseorang kerana kumpulan darah yang diluar saluran yang membentuk lebam itu tidak surut dan memerlukan rawatan yang serius.

Tahap paling serius ialah peringkat kecederaan keempat. Dalam kes ini, bahagian anggota yang rosak akan kehilangan fungsi mereka.

Berbeza Mengikut Usia?

Kecederaan yang menghasilkan lebam berbeza mengikut usia. Saiz lebam berlaku dengan lebih mudah pada orang tua kerana kapilari mereka lebih rapuh daripada orang-orang muda. Walaupun ia mungkin mengambil sedikit tekanan untuk menyebabkan lebam pada anak kecil, namun benjolan kecil boleh menyebabkan lebam yang lebih lama pada orang tua. Pembuluh darah menjadi lebih sensitif seiring dengan umur kita, dan lebam juga mungkin berlaku tanpa sebarang kecederaan pada orang yang lebih berusia.

Kredit Gambar : http://evome.co/russian-photographer-captures-beautiful-elderly-couple-to-show-that-love-transcends-time/

Jumlah lebam juga mungkin dipengaruhi oleh ubat-ubatan yang mengganggu pembekuan darah dan menyebabkan lebih banyak pendarahan ke dalam kulit atau tisu. Ubat-ubatan ini termasuk banyak ubat-ubatan arthritis yang dinamakan anti-radang nonsteroid dan ubat-ubatan yang berlebihan, seperti aspirin. Warfarin (Coumadin) sering disarankan oleh doktor untuk mengelakkan pembekuan pada pesakit yang mengalami pembekuan darah di kaki atau jantungnya. Warfarin boleh menyebabkan lebam teruk, terutamanya jika paras ubat menjadi terlalu tinggi. Ubat-ubatan kortisone, seperti prednison, mempromosikan lebam dengan meningkatkan kerapuhan saluran darah kecil di kulit(Rujukan 3).

Gejala Dan Tanda Lebam

Pada mulanya, lebam yang baru terjadi menjadi kemerah-merahan. Ia kemudiannya akan menjadi biru atau ungu gelap dalam beberapa jam dan seterusnya menjadi kuning atau hijau selepas beberapa hari apabila ia sembuh.

Kawasan lebam biasanya lembut dan kadang-kadang menyakitkan untuk beberapa hari pertama, tetapi rasa sakit biasanya hilang apabila warna semakin pudar.
Apabila anda berpeluh, anda akan merasa sedikit gatal di kawasan lebam kerana kulit tidak pecah dalam lebam seperti mengikis atau memotong ada sedikit risiko jangkitan.

Lebam yang berulang kali di kawasan sama boleh meninggalkan pewarnaan coklat kekuningan kekal dari pendeposit besi di kulit(Rujukan 4).

Bila Kena Jumpa Doktor?

Lebam kecil mudah dirawat, tetapi mungkin lebih baik untuk berbincang dengan doktor jika:

  • Lebam tidak pudar selepas 2 minggu.
  • Anda sering lebam dan lebam semakin besar atau pekat tanpa sebab yang diketahui.
  • Lebam anda bengkak dan menyakitkan.
  • Anda tidak boleh menggerakkan sendi atau anda fikir mungkin mempunyai tulang patah.
  • Jika anda mempunyai lebam di bahagian mata dan anda mempunyai kesukaran untuk mengalihkan mata anda atau melihatnya(Rujukan 5).

Kurang Vitamin C Penyebab Lebam?

Sumber Gambar : GokilBro

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan LEBAM, dan bintik kecil merah (petechiae). Keadaan ini juga dipanggil Skurvi dan berpunca daripada kerosakan bahan dalam sel yang membina saluran darah(Rujukan 6).

Vitamin C dianggap sebagai zat penting yang dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh agar terlindungi dari berbagai macam penyakit. Vitamin C berperanan penting dalam pembentukan kolagen pada kulit yang berfungsi untuk menyembuh luka. Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan kesan lebam  yang lambat untuk sembuh(Rujukan 7).

Cara Mengurangkan Lebam

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan menghilangkan kecederaan. Namun, harus diingatkan bahawa cara ini digunakan apabila berhadapan dengan ‘soft tissue injury’ dan ianya mampu mengurangkan sedikit sebanyak perjalanan darah ke bahagian badan yang terlibat(Rujukan 8).

  1. Rest(rehat)
    Maksud ‘Rest’ di sini adalah tidak menggunakan anggota badan yang terlibat dengan kecederaan tersebut. Ini kerana pergerakkan anggota yang terlibat akan menambah pergerakkan darah ke kawasan tersebut. Ia bole menyebabkan bengkak semakin bertambah.
  2. Ice
    Gunakan Ais dan letakkan pada bahagian yang bengkak. Suhu ais yang sejuk akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini mengurangkan lagi pergerakkan darah kepada anggota badan yang cedera itu. Maka, bengkak yang terhasil tidak terlalu teruk.

    Kredit Gambar : http://zilaxo.blogspot.com/2016/01/simple-ways-to-treat-sprained-ankle_25.html

     

  3. Compression(Tekanan)
    Gunakan ais tadi dan tekankan pada bahagian yang bengkak. Tekanan pada bahagian yang cedera juga akan menyempitkan saluran darah. Sama seperti kalau kita tekan getah paip, ia akan merencatkan pergerakkan darah ke tempat yang kita tekan.
  4. Elevation(Tinggikan)
    Anggota badan itu perlu ditinggikan sedikit daripada aras badan. Ianya juga bertujuan untuk mengurangkan perjalanan darah ke kawasan yang terlibat.
    Ini merupakan mneumonic yang selalu digunakan untuk merawat pesakit yang baru sahaja mengalami kecederaan tisu ataupun otot.

Bagaimana Pula Dengan Air Panas/Suam Atau Minyak Panas?

Tuala panas atau minyak panas tidak akan mengecutkan, malah akan mengembangkan saluran darah. Hal ini menyebabkan darah lebih banyak ke kawasan tersebut dan bengkak menjadi semakin teruk. Oleh itu, penggunaan tuala panas adalah tidak  digalakkan apabila terjadi kecederaan seperti ini.

Namun, penggunaan tuala panas hanya dapat membantu setelah beberapa hari kerana ketika itu darah sudah membeku. Jadi, tuala panas boleh membantu untuk meningkatkan pengaliran darah ke tempat yang cedera supaya ia cepat sembuh.

Cara Mengelak Lebam

Bagi ahli sukan, mereka boleh menggunakan pad pada lutut dan siku semasa bermain sukan untuk mengelakkan lebam. Kurangkan risiko mendapat lebam semasa bermain sukan dengan memakai (Rujukan 9):

  • pengawal shin
  • PAD bahu
  • pengawal pinggul
  • paha paha
Sumber Gambar Dari Shopee

Rujukan;

  1. http://medsidems.bitballoon.com/76/lebam724.html
  2. http://www.myhealth.gov.my/easy-bruising/
  3. https://www.medicinenet.com/bruises/article.htm#why_do_bruises_occur_more_frequently_in_some_people_than_in_others
  4. https://www.emedicinehealth.com/bruises/article_em.htm#when_should_someone_seek_medical_care_for_a_bruise
  5. https://kidshealth.org/en/teens/bruises.html
  6. http://syokcariduit.blogspot.com/2015/11/mudah-lebam-punca-kurang-vitamin-c.html
  7. https://www.msn.com/id-id/kesehatan/nutrisi/5-tanda-tubuh-kekurangan-vitamin-c/ar-AAtFy3r
  8. https://rootofscience.com/blog/2016/kesihatan/perubatan/lebam-kena-letak-ais-ataupun-letak-minyak-panas/
  9. https://www.healthline.com/health/bruise#prevention

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey