Siakap Keli

Momen Pasangan Penguin Paling Romantis Dunia Dirakam Di Afrika Selatan

Momen romantis pasangan penguin Afrika ini dirakam ketika kedua-dua mereka sedang menghirup angin laut ditepi pantai Afrika Selatan dengan tingkah laku yang melucukan.

Seorang pengguna Twitter FreakingDani dari California memuat naik rakaman ini di Twitter miliknya selepas video itu ditangkap oleh ibu saudaranya ketika mereka sedang bercuti.

 

Dipercayai rakaman terbabit diambil disekitar pantai Boulders, kira-kira 30 batu di selatan Cape Town dimana habitat penguin jenis jackass banyak disana.

Sejak video itu dimuat naik, ia telah dilihat sebanyak 3.12 juta dan dikongsi hampir 100 ribu orang serta mendapat ulasan yang lucu daripada netizen.

Sumber: Twitter FreakingDani

Nur Farra