Siakap Keli

Mood Berubah Punca Kerap Lapar? 3 Cara Ini Mampu Atasi Rasa Lapar Berulang

Rasa lapar sebenarnya bukan 100% disebabkan keadaan perut yang belum menerima makanan.  Tetapi, ia boleh jadi daripada badan kita yang kurang tidur dan stress.

Gangguan hormon ini sebenarnya punca mood kita berubah sekali gus menyebabkan rasa lapar.  Kalau tak kawal, naik berat badanlah jawabnya.

Jadi, bagaimana caranya untuk mengatasi rasa cepat lapar?

via GIPHY

1. Minum Air

Setiap daripada memerlukan sekurang-kurangnya 2.7 liter untuk wanita dan 3.7 liter untuk lelaki.  Mungkin ada yang dah tak selera nak minum air masak kan? Kalau macam tu, boleh cuba untuk tambah hirisan lemon atau pudina sebagai penambah rasa air korang supaya lebih menarik.

Sebagai alternatif lain, korang juga boleh cuba kopi atau teh decaf.  Elakkan soda, jus atau minuman bergula kerana boleh menyebabkan kenaikan berat badan dengan kandungan kalori yang tinggi.

via GIPHY

2. Sibukkan Diri

Lakukan sesuatu yang boleh buat kita tak terlalu memikirkan makanan.  Ketika bosan, kita akan cenderung untuk makan makanan snek.  Jadi, alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga atau rakan.

3. Pudina

Kajian menunjukkan pudina dapat membantu mengurangkan rasa lapar sepanjang hari.  Samada dengan memberus gigi korang dengan ubat gigi berperisa pudina atau pun menguyah gula-gula pudina, bergantung kepada pilihan korang.

via GIPHY

4. Ketahui Isyarat Lapar Badan.

Tekanan, bosan, marah atau bahagian mempengaruhi tahap kelaparan korang.  Jadi, belajar untuk mengenal pasti punca tanpa bertindak mengikut emosi semata-mata.  Pastikan berhenti makan apabila kenyang dan menguyah makanan perlahan-lahan.

Sumber: Wiki

Nur Farra