Siakap Keli

Open House Tak Habis Lagi, Buat Lemang Rice Cooker Jamu Tetamu Semudah ABC

Di bulan Syawal yang masih bersisa ini, ramai yang mengadakan open house untuk meraikan keluarga dan rakan-rakan. Tapi tak cukup raya kalau tak ada hidangan wajib seperti ketupat, lemang, nasi impit dan sebagainya.

Daripada beli di luar dengan kos yang boleh tahan mahal, apa kata anda buat sendiri lemang dan ketupat pulut dengan hanya guna rice cooker je. Rasanya yang sedap dan lemak, mesti dapat menambat hati tetamu yang datang .

Ikuti resipi yang kami kongsikan dari Puan Zahida Zul ini. Semudah ABC lemang sudah siap terhidang. Rendam beras pulut kira-kira 5 jam kerana beras pulut Thai. Kalau guna beras pulut susu, rendam hanya sekejap sahaja. Masukkan bersama garam secubit, asam keping dan daun pandan. (Tak letak pun tak apa)

2. Better kalau nak ikat atas tu ikat atas sikit ja dari paras beras tu. Sebab nanti kalau ikat atas sangat kejap lagi rebus dia tak betul-betul padat pastu 2x kerja pulak kita nak ejas kebawah nak bagi padat pulut tu.

3. Cucukan plastik dengan garpu nak bagi air santan serap masuk.

4. Nie sekali rebus letak dalam 8 batang. Kalau rice cooker besar nak letak lebih pun tak pa.

5. Ni dah siap rebus, kalau saya biar semalam untuk bagi dia betul-betul sejuk baru mudah nak potong.

6. Taraaa!! sedap gebu gebass gitu. Mudah jaa.

Resipi asal.

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di