Siakap Keli

Pilih Minyak Wangi Pun Kena Ikut Personaliti? 3 Tips Ini Bantu Pilih Wangian Yang Sesuai

Mencari minyak wangi yang sesuai bersama aroma yang membuatkan orang sekeliling berasa selesa serta bersesuaian dengan personaliti seseorang itu adalah satu tugas yang agak sukar.

Apa perbezaan EDP dan EDT?

Soalan cliche yang selalu kita terima semasa ingin mencari minyak wangi adalah jenis kekuatan bau minyak wangi itu sendiri.  EDP atau EDT?

Eau de parfum (EDP) mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi.  Minyak wangi dengan EDP mampu bertahan sehingga 5 jam.  Ketumpatan kandungan adalah daripada air dan alkohol yang dibenarkan.

Eau de toilette (EDT) ini lebih ringan dan lebih banyak kandungan alkohol berbanding air.  EDT tak tahan lama dan biasanya digunakan untuk kegunaan seharian.

Yang mana satu pilihan hati?

Ingat! Wangian anda melambangkan personaliti yang dibawa Jangan beli hanya kerana jenama ataupun rekaan botol tapi anda perlu ambil kira adakah wangian tersebut benar-benar sesuai.  Jadi, bagaimanakah caranya?

1. Go with your guts orang putih kata.  Maksudnya, kali pertama semburan terus jatuh cinta! Dalam masa yang sama bau tersebut mendatangkan persona sisi lain diri anda.  Mungkin dengan bauan tersebut anda berasa lebih yakin dan cantik bila memakainya.

2. Ujian kulit.  Minyak wangi akan memberikan impak aroma berbeza apabila disembur pada kulit.  Oleh itu, semasa proses pemilihan minyak wangi, uji sembur pada kulit dan bukan pada baju ya!

3. Mood wangian. Dalam proses pemilihan, anda harus mengambil kira aspek mood seperti iklim dan musim.  Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tak semestinya sesuai ketika musim panas.  Selain itu, pilih haruman mengikut situasi dan environment sekeliling.  Anda harus tahu, ada minyak wangi yang sesuai dipakai untuk aktiviti luar dan ada juga wangian yang tidak sesuai dipakai di pejabat mungkin atas faktor kepekatan dan kekuatan bau.

Tips Penting:

  • Sapu/sembur minyak wangi ditempat bernadi/hangat pada badan.  Ini seperti di pergelangan tangan, leher, belakang lutut, dan pergelangan kaki.  Minyak wangi tersebut akan bersatu dengan peluh anda untuk menghasilkan bau yang lebih mesra.
  • Jika minyak wangi anda disejat dengan cepat, campur beberapa titik pelembap bebas wangian dan terapkan ke seluruh badan.

Sumber: Cosmopolitan UK

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di