Siakap Keli

Resipi Sardin Jamin Bersih, Buat Sendiri Guna Pressure Cooker Je, Wajib Cuba

Sardin menjadi makanan pilihan ramai kerana mudah dan cepat untuk disediakan. Dinikmati bersama nasi panas dan telur dadar, keenakkannya tidak dapat disangkal lagi. Terbayangkan pun dah cukup buat semua terliur kan?

Tetapi kes sardin yang mengandungi cacing baru-baru ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang berhenti membeli sardin dalam tin dan mengurangkan pengambilannya.

Apa kata anda buat sendiri je sardin di rumah dengan ikut resipi yang kami kongsikan dari Puan Haf Mansor ini. Dijamin bersih dan berkhasiat. Guna ‘pressure cooker’ je, senang kerja mak-mak ! Selamat mencuba !

Bahan-bahan

Ikan selayang

Bawang besar

Tomato

Cili merah

Cara-caranya

Ikan selayang, ada orang panggil ikan sardin. Cuci bersih, potong kepala, ekor dan sirip dia.

Bawang besar patutnya. Tapi hakak cuma ada bawang kecik, bantai je lah. Asalkan bukan kau yang membawang. Bawang putih bubuh sikit bagi naik bau.

Tomato merah dan cili merah. Sukatan semua benda jangan tanya banyak mana. Sikit ke banyak takder sapa nak marah. Ikut selera. Kalau ada anak kecik nak makan tak payah bubuh cabai.

Blend kesemuanya bahan tadi, bawang, cabai, dan tomato. Part ni hati-hati sikit, tomato tu dah hasilkan banyak air, so guna air seminimum yang mungkin, takut nanti kuah banyak terlajak.

Masukkan sedikit minyak masak. Tak nak masuk minyak pun takpa.

Masukkan ikan, minyak dan garam secukupnya.

Tekan high pressure 60 minit, nanti dah masak tambah lagi 30-60 minit. Akak suka tambah 60 minit lagi bagi ikan tu lembut gila-gila takda rasa tulang, mudah nak makan dan sedap. (Pilihan lain guna rice cooker, tapi perlu tambahkan waktu memasak)

Dah masak pun. Baunya semerbak satu rumah. Buh dalam bekas kecik, frozenkan untuk kegunaan hari-hari mendatang.

Nak panaskan balik makan begitu saja pun dah cukup sedap, kalau nak olah semula letak suun la kunyit hidup ke cabai melaka ke lagi sedappp. Nak buat sandwich pun boleh. 100% real food.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.