Siakap Keli

Ternyata Sarapan Cokelat Waktu Pagi Bagus Untuk Minda, Ini Penjelasannya

Tanpa sedar kita sudah pun melakukan tabiat ini sejak dulu lagi.  Ini seperti sarapan dengan bijiran kokocrunch dan milo yang pada asalnya adalah daripada cokelat.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Universiti Syracuse, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan cokelat pada waktu pagi memberikan impak positif selain membantu meningkatkan daya otak.

Satu lagi kajian oleh Harvard Medical School dan hospital Brigham, mendapati bahawa mereka yang berumur antara 67 dab 77 mengalami gangguan aliran darah ke otak mereka, tetapi apabila diberi minuman koko panas dua kali sehari selama 30 hari.  Kesannya kepada mereka adalah peningkatan 30% dalam ingatan dan keupayaan berfikir sebanyak 8.3% peningkatan aliran darah ke otak.

via GIPHY

1. Coklat sebelum exam

Profesor David Kennedy dari Universiti Northumbria telah memberikan sebatian coklat melalui koko panas kepada 30 dari 50 orang sukarelawan.  Para sukarelawan kemudian diarahkan untuk mengira secara terbalik bermula pada nombor rawak antara 800 dan 999.  Hasilnya, sukarelawan yang diberi minuman perisa coklat mengira dengan lebih cepat dan tepat.

via GIPHY

2. Coklat sebelum tidur

Coklat juga membantu anda tidur dengan lebih baik.  Pakar sains mendapati sumber serotonin dalam coklat membantu melegakan minda dan badan.

via GIPHY

3. Cokat ketika sedih

Ternyata coklat gelap (dark chocolate) membantu menggalakkan pengeluaran endorfin.  Oleh itu, ia akan memberikan anda ketenangan dan mempengaruhi perasaan bahagia.

Sumber: Bustle

Nur Farra