Siakap Keli

(Video)34 Terkorban Dan Puluhan Lagi Masih Hilang Dalam Tragedi Feri Karam

Pasukan penyelamat hari ini menemui 34 mayat dan menyelamatkan kira-kira 155 orang lagi dalam tragedi feri karam yang berlaku di Indonesia, menurut laporan pada Rabu.

Jurucakap Pasukan Penyelamat Kebangsaan, Marsudi berkata usaha menyelamat akan diteruskan memandangkan terdapat kemungkinan bahawa masih ada mangsa yang hilang atau terperangkap di dalm feri tersebut.

News CN

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Nasional, feri itu dikatakan membawa penumpang seramai 189 orang ketika kejadian tersebut berlaku.

”Wujud kebarangkalian bahawa ada nama penumpang tidak dimasukkan dalam senarai penumpang. Kami tidak boleh terlalu bergantung kepada senarai tersebut. Kadang-kadang jumlah penumpang lebih ramai aripada apa yang diberikan kepada kami.

Wochit News

”Kerja-kerja menyelamat akan diteruskan dalam tempoh tujuh hari kerana ia sudah ditetapkan dalam prosedur menyelamat kami,” kata Marsudi lagi.

Feri KMP Lestari Maju, ketika kejadian dalam perjalan menuju ke Pulau Selayar, sebelum dilaporkan karam pada kira-kira 2.30 petang waktu tempatan, pada Selasa. Lokasi kejadian dikatakan hanya terletak kira-kira 300 meter daripada pelabuhan Selayar di Selatan Sulawesi.

Posted by Thamrin Ghazy on Tuesday, 3 July 2018

Media turut melaporkan bahawa, pengangkutan air seperti bot dan feri adalah pilihan popular di negara kepulauan tersebut namun wujud kebimbangan mengenai tahap keselamatan yang ditawarkan oleh pengendali perkhidmatan tersebut.

Insiden tragik tersebut berlaku selepas beberapa hari bencana yang sama berlaku di Tasik Toba, Utara Sumatera yang membunuh 4 orang dan 200 lagi masih hilang.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=vElfTK1m8v4]

 

Sumber : Xinhuanet

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.