Siakap Keli

Warga Emas Bunuh Anak Sendiri Kerana Tak Mahu Dihantar Ke Rumah Orang Tua

Seorang ibu berusia 92 tahun dituduh membunuh anaknya sendiri setelah mangsa bercadang untuk menghantarnya ke pusat jagaan orang tua.

Anna Mae Blessing dituduh dengan tuduhan membunuh Tahap Lima, serangan berbahaya dan culik selepas pihak berkuasa menemui mayat anak lelakinya yang berusia 72 tahun di rumah mereka di Fountain Hills, Arizona pada Isnin.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, Blessing didakwa menyembunyikan dua pucuk pistol di dalam poket baju sebelum menceroboh masuk bilik anaknya dan menembak mangsa beberapa kali pada bahagian dada dan leher.

Ketika kejadian, pihak berkuasa memberitahu bahawa teman wanita kepada mangsa turut berada di dalam bilik yang sama bersama-sama mangsa. Teman wanita mangsa mendakwa suspek memberitahu bahawa dirinya sudah penat dengan layanan yang dibuat oleh mangsa kepadanya.

”Berdasarkan pemahaman saya, suspek sudah pun merancang perbuatan tersebut beberapa hari disebabkan suspek percaya anaknya mahu menghantar dia ke pusat jagaan orang tua,” kata Sarjan Bryant Vanejas yang menyisat kejadian tersebut.

Menurutnya lagi, Blessing kemudian cuba membunuh teman wanita mangsa namun pistol dalam gengamannya terlepas dan terjatuh ke atas lantai. Blessing kemudian cuba menggunakan satu lagi pistol yang disembunyikan di dalam poketnya, namun teman wanita mangsa berjaya menghalang niatnya itu.

Blessing dikatakan berpindah dan tinggal bersama-sama anaknya kira-kira enam bulan yang lalu. Blessing turut mengakui bahawa dia membeli sepucuk pistol pada tahun peenghujung 1970 manakala sepucuk lagi pistol adalah peninggalan mendiang suaminya.

Sumber : CNN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.