Siakap Keli

YOU by SKECHERS, Sesuai Untuk Golongan Wanita Yang Aktif Dan Sukakan Keselesaan Seperti Berjalan Di Atas Awan

Pemilihan kasut bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Kalau tak percaya, tanya perempuan. Bagi perempuan, kasut sebenarnya melambangkan identiti dan perwatakkan seseorang. Geng perempuan ni kalau bab pilih kasut, bukan sejam dua, makan hari jugak lah.

Gambar 1: Lelaki ni asal ada pelapik je, jalannnn..tak banyak songeh

Ironinya setiap wanita akan menggayakan kasut sepanjang masa, tak kira berjanama atau tidak, ianya merupakan satu aksesori penting setiap wanita. Tapi kalau lawo je, berjalan terhenjut-henjut susah jugak. Tak penat ke pakai heels? Tengok pun dah penat, apatah lagi berjalan dengan heels.

Bila dengar nama SKECHERS je mesti terbayangkan sepasang kasut dengan keselesaan yang agung. Model seperti GoRun menjadi kegilaan ramai disebabkan teknologi lapisan kusyen yang empuk. Skechers sekali lagi tampil dengan model barisan model baru, YOU by SKECHERS dengan rekaan yang lebih minimalis dan casual!

 

YOU by SKECHERS merupakan model khusus untuk golongan wanita yang mahukan keselesaan, pada masa yang sama mahu menjaga penampilan.

Dibina dengan tenunan fabrik lembut bersama ruang rongga udara dalam mengalukan pengudaraan supaya kaki anda boleh bernafas dan setiasa segar daripada peluh. Pemakaiannya juga dilihat mudah dengan binaan takuk Achilles yang boleh direnggang bersama lidah bersambung. Paling penting sekali teknologi tapak foam yang mampu menyerap hentakan dalam memberikan bayangan berjalan di atas awan.

Dengan teknologi Insole yang memberikan kesedapan menyeluruh dari tumit hingga ke kawasan metatarsal dengan mengalihkan berat badan dengan lancar dari tumit ke jari kaki sambil mengurangkan tenaga dari kaki ketika berjalan. Sesuai juga pada yang berbadan berat…i feel you bro!

Selain daripada keselesaan, ianya juga dilihat sangat mudah untuk digayakan, sesuai untuk dipakai untuk ke majlis kenduri ataupun ke kelas. Malah ianya juga sesuai untuk yang gemarkan aktiviti lasak terutamanya pada yang suka travel, yelah penat jugak travel ni, banyak kena berjalan.

YOU by SKECHERS hadir dengan 3 pilihan rekaan, model YOU dengan dua pilihan rekaan iaitu bertali dan tanpa tali manakala model YOU DEFINE yang lebih feminin.

Gambar 1: YOU by SKECHERS tanpa rekaan tali
Gambar 2: YOU by SKECHERS dengan rekaan bertali
Gambar 3: YOU DEFINE, hadir dengan rekaan unibody dengan bahagian kolar bersambung sehingga bahagian metatarsal dan jari kaki. Bahagian lidah dan takuk Archilles juga dilhat sedikit berlainan.

Anda boleh rujuk laman sesawang rasmi SKECHERS Malaysia atau di akaun sosial media Facebook dan Instagram untuk info lanjut .

Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think