Siakap Keli

“Tuhan Sedang ‘Berbicara’ Kepada Manusia”, Penahanan Najib Jadikan Iktibar Bukan Untuk Diketawakan

Dua hari lalu menyaksikan penangkapan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengundang pelbagai reaksi rakyat dalam dan luar negara.

Penahanan itu dibuat susulan kes ke atas SRC International serta RM42 juta yang dimasukkan ke akaun Najib pada 2012.  Sebanyak 6 premis milik keluarga Najib diserbu pada 16 dan 17 Mei lalu melibatkan barang rampasan berjumlah lebih RM1 bilion.

Gambar serta video yang tular di media sosial ekoran tangkapan Najib itu memperlihatkan tindak balas emosi ahli BN dan PH yang masing-masing meluahkan rasa terhadap kejadian tersebut.

Perkongsian status yang diambil daripada Facebook milik seorang lelaki yang bernama Norman mengulas baik keadaan politik Malaysia daripada dulu sehingga ke hari ini. Ulasan berhemah yang digarap mendapat lebih 6,000 shares dengan hampir 10,000 like.

Rata-rata pembacanya mengulas, ia adalah antara penjelasan terbaik tanpa berat sebelah antara dua pihak. Ulasan yang dibuat ini juga sekali gus membuka mata rakyat Malaysia agar tidak terlalu menghukum seseorang manusia itu kerana segala yang terjadi itu ada hikmahnya dan seharusnya kita mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.  Mari baca perkongsian beliau, semoga bermanfaat untuk kita semua, rakyat Malaysia baharu.

Sumber: Facebook Norman

Nur Farra