Siakap Keli

Jalan Kaki 10,000 Langkah Sehari Belum Tentu Sihat – Kajian

Public Health England (PHE) mengeluarkan satu kenyataan diatas kebimbangan pihak mereka terhadap majoriti orang dewasa yang kurang melakukan aktiviti berat.

Garis panduan kerajaan itu telah mewartakan bahawa lelaki dan wanita perlu melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti senaman seminggu serta dua sesi latihan jenis berat.

via GIPHY

Oleh itu, berjalan 10,000 langkah sehari dikatakan tidak cukup kerana senaman orang dewasa perlu melakukan aktiviti yang lebih berat bagi meningkatkan tahap keseimbangan mereka, kata salah seorang pegawai dari PHE.

PHE mendesak orang ramai untuk memberi tumpuan khusus kepada latihan meningkatkan kekuatan dan keseimbangan berdasarkan bukti baru ke atas kebaikan peredaran usia.

Kajian yang dijalankan oleh sebuah agensi Kerajaan England mendapat bahawa kekuatan otot dan tulang datangnya daripada keseimbangan yang baik sekali gus dapat mengurangkan risiko jatuh, patah tulang, sakit belakang dan kematian awal.

Sumber: Daily Mail

 

Nur Farra