Siakap Keli
KEMAMAN, 6 Julai -- Kebakaran melibatkan tiga buah tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) di kawasan perindustrian Teluk Kalong ketika tinjauan awal pagi tadi. Kebakaran bermula kira-kira pukul 6.15 petang semalam dimana kebakaran dipercayai berpunca dari sebuah tangki yang mempunyai minyak mentah sebelum merebak ke dua tangki yang lain. Seramai 78 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri turut dibantu 33 anggota JBPM Pahang bagi operasi memadam kebakaran daripada terus merebak ke tangki lain. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kebakaran Di KBC Dijangka Padam Dalam 48 Jam

Kebakaran di kilang penapisan tangki minyak mentah Kemaman Bitumen Company (KBC) semalam, dijangka padam sepenuhnya antara 24 hingga 48 jam akan datang.

Ketua pegawai eksekutifnya Sanjay Groover berkata kemalangan yang berlaku pada 6 petang itu telahmengakibatkan kebakaran pada sebuah tangki penyimpanan minyak mentah di kilang penapisan KBC sebelum ia mula merebak ke tangki bersebelahan.

Beliau berkata pasukan bomba telah membenarkan minyak di dalam dua tangki yang terbakar dibiarkan terbakar secara terkawal dan ini menyebabkan api serta asap masih kelihatan di kawasan sekitar.

“Semasa kejadian, kilang penapisan berkenaan tidak beroperasi sejak tiga minggu lalu dan sebaik berlaku kemalangan, bekalan gas asli telah segera ditutup oleh pasukan KBC serta bomba telah dimaklumkan.

“Pada 6.30 petang pihak bomba mengambil alih aktiviti pemadaman seperti yang ditetapkan protokol dan dibantu pasukan KBC. Pasukan pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran yang terjejas di kawasan yang terhad tanpa membenarkannya merebak ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sanjay berkata tangki-tangki yang berdekatan disiram dengan air secara berterusan bagi mengelakkan api daripada terus merebak memandangkan stok minyak mentah yang terjejas adalah pada tahap rendah dan ia bagi mengelak situasi menjadi lebih serius.

“Usaha memadam api masih berterusan dan keadaan hari ini lebih baik berbanding semalam. Pasukan KBC sedaya upaya dan sentiasa bersedia melengkapkan diri membantu pihak bomba dalam usaha memadamkebakaran,” katanya.

Pada masa ini, kebakaran itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada keseluruhan kilang penapisan KBC atau mana-mana kawasan perumahan dan perniagaan yang berhampiran.

Katanya pihak KBC juga akan melakukan penyiasatan penuh setelah situasi terkawal dan akan berkongsi penemuan penyiasatan kepada pihak berkuasa seperti yang telah ditetapkan.

BACA:(Video) Tangki Minyak KBC Terbakar, Seorang Pekerja Dilaporkan Cedera  

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)