Siakap Keli

Tergamaknya Hati Ibu, Sanggup ‘Kurung’ Anak Demi Main Mahjong

Seorang ibu di China mencetuskan kemarahan netizen apabila satu rakaman yang menunjukkan dia ‘mengurung’ anak lelakinya di bawah kerusi plastik tersebar di media sosial dan mendapat lebih daripada 2.1 juta tontonan.

Tindakannya itu semata-mata dilakukan kerana mahu bermain mahjong bersama rakan-rakannya.

Anak kecil berusia setahun itu, dilihat cuba untuk keluar dari ruang sempit itu sambil menangis sambil meronta-ronta. Namun langsung tidak diendahkan oleh si ibu yang sibuk bermain mahjong.

Menurut Legal and Legislation Evening Post, insiden itu dikatakan berlaku di sebuah premis judi (mahjong) haram berdekatan bandar Hengyang, di wilayah Hunan.

Satu laporan polis kemudian dibuat susulan video terbabit dan 12 individu ditahan atas tuduhan judi haram.

Tangkapan itu dibuat dalam satu serbuan polis di premis berkenaan pada 3 Julai lalu.

Sementara itu, siasatan akan dijalankan dan ibu terbabit akan dicari untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, video tersebut menerima kecaman netizen yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab wanita terbabit ‘mengurung’ anaknya.

“Ibu yang pentingkan diri sendiri! Bayangkan si anak pula mengurung ibunya satu hari nanti,” kata seorang pengguna laman sosial ‘Chenyongan’.

“Sakitnya hati melihat budak itu terkurung ketika ibunya asyik bermain mahjong,” tulis pengguna bernama ‘MFying’.

Sumber : Daily Mail

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di