Siakap Keli

4 Perkara Yang Jutawan Buat, Orang Biasa Tak Buat

Untuk menjadi jutawan, anda harus bermula dengan ‘mindset’. Dalam erti kata lain, anda bukan saja perlu befikir seperti jutawan tapi anda juga perlu menjadi seperti mereka.

Keith Cameron Smith, usahawan terkenal di Amerika telah mengkaji selama 2 tahun tentang tingkah laku serta gaya pemikiran orang kaya ini yang membezakan mereka dengan orang biasa.

“Millionaires talk about ideas, not things”

Mereka tidak bercakap mengenai kereta, filem atau perkara-perkara yang tidak bernilai.  Tapi mereka lebih kepada mencari idea-idea baru.

“Jutawan ini kreatif”, kata Smith. “Mereka menghabiskan masa dengan memikirkan idea-idea baru.”

Sedang orang biasa bercakap mengenai trend kereta terbaru dan sebagainya, namun mereka yang bergelar jutawan ini langsung tak menghiraukan tentang itu dan sentiasa menganggap, “idea adalah aset paling berharga di dunia.”

“Untuk menjadi lebih berjaya, anda harus sentiasa memikirkan sesuatu yang baru.  Dunia kita semakin berkembang pesat, semuanya berubah dengan begitu cepat, jutawan akan befikir idea baru untuk melakukan sesuatu yang tak difikirkan orang biasa.”

Berani ambil risiko

Mungkin rakyat marhaen macam kita sudah cukup berpuas hati dengan apa yang kita miliki sekarang.  Sudah senang berada di zon selesa.  Tak perlu rasanya nak tambah apa-apa, semuanya sudah cukup.

Tapi, bagi jutawan, mereka tidak sukakan zon selesa.  Mereka akan keluar mengambil risiko walau apa pun terjadi, samada rugi atau untung.

“Jutawan mengatasi ketakutan dengan pengetahuan, jutawan mendidik diri sendiri sebelum mengambil risiko dan mempertimbangkan segala kemungkinan yang bakal berlaku.”

Murah hati

“Kebanyakan jutawan percaya kepada konsep menyemai dan menuai,” kata Smith. “Mereka melihat wang sebagai benih. Jutawan tahu bahawa jika mereka bermurah hati, mereka akan menerima lebih banyak lagi balasan pada masa akan datang.”

Sentiasa belajar

Mereka gemar membaca, menonton dokumentari, belajar bahan pendidikan dan berbincang dengan orang lain yang boleh memberikan mereka lebih banyak maklumat.

“Jutawan tahu bahawa pengetahuan adalah kuasa.”

Mereka ini sentiasa fokus untuk mendapatkan sesuatu.  Mungkin mereka sering digelar tamak, ini kerana mereka dahagakan ilmu dan sentiasa mahu membaca satu bab awal daripada orang lain.

Sumber: CNBC

Nur Farra