Siakap Keli

Jangan Buat Lima Benda Ini Jika Nampak Anak Orang Lain Mengamuk

Kanak-kanak sememangnya memiliki kecomelan yang boleh mencuit hati kita dengan gelagat lucu mereka.

Namun, mereka juga boleh mengubah mood dan emosi kita dengan ‘tantrum’ mereka.

Pasti setiap dari kita pernah menghadapi situasi dimana melihat anak orang lain mengamuk sehingga sukar dikawal oleh ibu bapa mereka sendiri.

Tetapi, sebagai seorang manusia yang boleh berfikir dengan waras, kita tidak seharusnya buat lima benda ini sekiranya nampak anak orang lain mengamuk di depan kita.

Entri kali ini diambil akan berkongsi hasil penulisan Taufiq Razif tentang perkara-perkara yang tidak seharusnya dilakukan jikalau nampak anak orang lain sedang mengamuk atau tantrum.

Bagi yang belum mengetahuinya, mari baca dan semoga bermanfaat.

Jangan Buat 5 Benda Ni Jika Nampak Anak Orang Lain Mengamuk

Pernah ada sorang budak ni mengamuk sampai terjerit jerit dan berguling guling di depan saya tapi saya tak masuk campur.

Salah masuk campur boleh jatuh air muka mak ayahnya. Ni 5 benda kita tak boleh buat kalau nampak anak orang lain mengamuk di depan kita :

1. Kita tengking anak tersebut

Tengkingan hanya memperburuk keadaan. Samada anak tu jadi makin mengamuk atau anak tu jadi diam terus.

Bagus untuk jangka masa pendek tapi buruk untuk jangka masa panjang

Anak mungkin akan trauma dengan ‘strangers’ buat selama lamanya

2. Kita pandang anak tu dan keluarganya tu dengan pandangan sinis

 Pandangan sinis hanya akan membuatkan mak ayah si anak yang tengah mengamuk tu menjadi lebih cemas

 Rasa cemas tu tadi hanya akan membuatkan emosi mak ayah menjadi lebih kacau bilau

 Bagaimana nak kawal emosi anak kalau emosi mak ayah sendiri tengah kacau dan tak stabil kan?

3. Jangan mengata

 Anak yang mengamuk dan tantrum ni boleh jadi pada sesiapa sahaja

 Ianya boleh jadi pada sesiapapun sekalipun pada pakar kanak kanak kerana tantrum dan amukan adalah cara anak-anak berkomunikasi dan meluahkan rasa di dada

 Kita tak boleh stop benda tu 100% tapi kita boleh bimbing dan tuntun supaya ianya terkawal dan tak melampaui batas

4. Jangan anggap anak tu nakal

 Anak mengamuk dan tantrum tak semestinya anak nakal

 Anak tantrum adalah anak yang masih dalam proses untuk belajar ‘self regulation’ dan ‘communication’

5. Jangan malukan mak ayahnya di depan umum

 Walaupun di mata kita, kita nampak mak ayah tu tadi macam tak pandai kawal anak, kita tetap kena bersangka baik

 Kita kena ingat, anak anak tantrum ni dan mengamuk ni banyak sebabnya

 Boleh jadi ianya disebabkan keperluan fisiologinya tak dipenuhi seperti tak cukup tidur, lampin penuh, lapar ataupun kepanasan

 Boleh jadi juga kerana ransangan sekeliling terlampau banyak. Contohnya bunyi bising ataupun cahaya lampu yang terlalu berkelip dan terang

 Jadi tak adil kita nak menghakimi mak ayah hanya kerana anaknya mengamuk

p/s : Tapi kalau dah tahu anak kita suka tantrum, kita elakkan ke tempat-tempat yang boleh mengganggu orang lain ye. Kita saling memahami, itu yang terbaik.

p/s : Jangan lupa join telegram saya, Telegram Parenting terbesar Malaysia ni kalau nak belajar tentang anak anak kita. Klik je link ni untuk join :t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber- Taufiq Razif

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar