Siakap Keli

Liat Bayar Hutang, Wajah Akan Dipapar Pada Tembok

ANHUI: Sebuah bandar di timur China mengambil inisiatif  bagi mengurangkan masalah liat membayar hutang dengan memaparkan wajah dan maklumat peribadi penghutang di sebuah papan iklan besar di beberapa perhentian bas.

Tembok yang dikenali sebagai ‘tembok malu’ itu dibina atas arahan Mahkamah Rakyat Fuyang Yingquan di wilayah Anhui selepas terdapat banyak kes liat melangsaikan hutang yang dibicarakan di mahkamah itu.

Tindakan yang dilakukan tersebut dipercayai berkesan apabila terdapat sebilangan peminjam yang wajah mereka dipaparkan pada iklan tersebut, tampil membayar kesemua hutang mereka.

Gambar yang ditampal pada papan yang berlatar belakang warna biru turut memaparkan nama dan maklumat peribadi mereka seperti nombor kad pengenalan.

Mahkamah akan menukar dan mengemas kini poster tersebut dengan nama baharu setiap bulan.

“Kumpulan pertama pesalah adalah individu yang mempunyai hutang tertunggak dalam tempoh yang lama dan nilai hutang yang banyak,” jelas jurucakap mahkamah.

Sumber-  Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar