Siakap Keli

Mayat lelaki Dipercayai Dibunuh Ditemukan Di Kebun Durian

Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam keadaan separuh badannya ditanam di sebuah kebun durian di Jalan Pulai Mesra 19, Bandar Baru Kangkar, Pulai, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata mayat berpakaian lengkap dan sudah reput di bahagian muka itu ditemukan oleh orang awam pada kira-kira 2.30 petang.

“Kita (polis) telah gali dan mendapati mayat lelaki berumur lingkungan 18 hingga 40 tahun berkenaan berbaju T berwarna merah dan berseluar jeans pendek.

“Turut dijumpai berhampiran mayat adalah wayar jumper bateri kereta, namun, tidak terdapat kecederaan fizikal. Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira seminggu atau dua minggu lepas,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata menerusi siasatan awal, mayat tanpa identiti itu dipercayai lelaki tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada lengan kiri.

Noor Hashim ​​​​berkata terdapat kesan lebam pada badan lelaki itu, kesan jerut di leher dan berkemungkinan dia dipukul dengan senjata tumpul di dada serta belakang badan.

“Si mati juga memakai anting-anting berlogo Nazi di sebelah telinga kiri dan cincin jenis ‘stainless steel’ (keluli tahan karat) saiz sembilan di jari hantu tangan kanan bertulis ‘forever love’, ” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di