Siakap Keli

Menu Unik, Resepi Rendang Telur Kering Untuk Dicuba

Resepi datangnya daripada Minangkabau.  Mungkin ada yang pernah cuba, dan ada juga yang dengar pun tak pernah kan?

Biasanya menu rendang ini dimasak dengan ayam atau daging, telur pun mungkin ada tapi telur yang direbus. Tapi, tak pernah pula tengok rendang telur kering.  Tak tahu macam mana rupanya, apatah lagi rasanya kan.

Menu rendang telur kuning ini dikatakan terkenal di bahagian Sumatera Barat, daerah Payakumbuh.  Jika korang ke sana, korang tak akan jumpa rendang telur yang jenis basah atau berkuah, sebab di sana, rendang mereka jenis kering dan rangup.  Mungkin inilah yang dikatakan crispy rendang?

Baiklah, cakap banyak pun tak guna, jom kita tengok cara-cara untuk buat rendang telur kering ini resepi asli masyarakat minangkabau.

Resep Rendang Telur Kering Asli

Bahan Rendang Telur Kering

  • 150 gram tepung beras
  • 10 butir telur ayam
  • 1/2 senduk teh garam
  • daun salam
  • batang serai, ditumbuk
  • 5 lembar daun limau
  • 500 ml santan
  • 300 ml air

Bumbu Halus Rendang Telur Kering

  • 1 cm kunyit
  • 10 biji cabai merah keriting
  • 8 siung bawang merah
  • 4 siung bawah putih
  • 2 ruas jari lengkuas
  • 2 ruas jari halia
  • 1 sdm gula pasir
  • 2 sdt garam
  • 1 sdm lada
  • 1 sdm ketumbar

Cara Membuat Rendang Telur Kering

  1. Campurkan telur, tepung, garam dan air, kemudian diaduk hingga rata.
  2. Bentuk adunan telur menjadi leper seperti kepingan keropok
  3. Potong kepingan tersebut.
  4. Goreng dengan api sedang atau kecil hingga garing dan kering, boleh panggang dengan oven untuk membuat telur benar-benar kering.
  5. Panaskan minyak, kemudian tumis serai, daun limau, daun salam dan bumbu halus, hingga harum.
  6. Tuang santan ke dalam tumisan tadi dan aduk.
  7. Masak dengan api kecil sambil di aduk-aduk hingga kering dan bumbu menjadi mengering.
  8. Setelah kering masukkan telur ke dalam bumbu yang telah mengering tadi, kemudian aduk hingga rata. Angkat, dinginkan, dan siap disajikan.

Video:

Sumber: Saribundo Indonesia

Nur Farra