Siakap Keli

Perut Wanita Membesar 5 Kali Ganda Lepas Makan Mee Jepun Ini

Perut seorang wanita Australia dilaporkan mengembang dan kembung lima kali ganda selepas memakan mee Jepun yang dikatakan tidak dicerna selama hampir dua minggu.

Pesakit tidak bernama, berusia 61 tahun, mengadu sakit perut dan muntah-muntah selama 10 hari di jabatan kecemasan Cabrini Health di tenggara Melbourne.

Dia mendakwa bahawa dia mula mengalami gejala-gejala itu selepas memakan satu peket mee Jepun dengan perut kosong.

Menurut Pengarah Kesihatan Cabrini Dr Michael Ben-Meir, doktor mendapati bahawa perutnya penuh dengan mi yang tidak dicerna yang menyebabkan penyumbatan.

Dr. Ben-Meir memberi amaran bahawa walaupun mee ini selamat, namun masih terdapat risiko kesihatan jika tidak dimasak dengan baik.

“Mee itu superit selulosa, ia tidak jatuh ke bawah dan telah menyekat perutnya. Perutnya semakin membesar, ia adalah antara lima dan tujuh kali ganda lebih besar daripada yang sepatutnya,” jelas Dr Ben-Meir.

Dikenali sebagai mee konjac ini antara yang mendapat sambutan hangat kerana dikatakan mampu menurunkan berat badan selain mempunyai kandungan sifar karbohidrat dan terdiri daripada serat makanan.

Sumber: Netxtshark

Nur Farra