Siakap Keli

Siapa Yang Nak Mata Cantik? Ketahui Khasiat Jus Lobak Merah Dan Beberapa Manfaat Untuk Badan

Lobak merah adalah sumber vitamin, nutrien, dan serat yang sangat baik. Tapi mungkin ada diantara anda yang tak boleh nak makan lobak mentah-mentah.  Minum jus lobak merah pun boleh dapat manfaat yang sama untuk diet seharian.  Berikut merupakan 8 sebab mengapa anda perlu minum jus lobak merah sebagai diet tambahan.

Meningkatkan Metabolisme 

via GIPHY

Jus lobak merah mengandungi kalori rendah dan membantu anda mengurangkan berat badan lebih cepat.  Jus ini juga mampu meningkatkan rembesan hempedu yang boleh meningkatkan metabolisme (kadar di mana tubuh anda menukarkan tenaga menjadi makanan).

Untuk Penglihatan Lebih Jelas 

via GIPHY

Jus karot adalah sumber beta-karoten yang baik, sejenis vitamin A, yang merupakan salah satu antioksidan paling kuat.

Vitamin A membantu melindungi permukaan mata dan menyumbang kepada penglihatan yang kuat. Minum jus lobak merah boleh menangkis pelbagai gangguan mata, seperti degenerasi makula, katarak, dan buta. Lobak merah juga mengandungi lutein, yang merupakan antioksidan yang melindungi mata daripada cahaya.

Merawat Kulit 

via GIPHY

Lobak merah mengandungi vitamin C dengan sifat penyembuhan. Ia membantu kulit pulih lebih cepat dari luka dan trauma luaran. Beta-karoten dalam lobak juga boleh mengurangkan keradangan kulit dan mempercepat proses penyembuhan.

Meningkatkan Sistem Imun 

via GIPHY

Untuk menguatkan sistem imun dan membantu badan melawan jangkitan, tambah jus lobak merah untuk diet harian sekaligus mengekalkan kesihatan fizikal anda.

Lobak merah mengandungi antioksidan yang membantu badan melawan radikal bebas, kerosakan sel, dan keradangan. Vitamin C dalam jus lobak juga mampu meningkatkan rangsangan sistem imun, membantu anda melalui musim sejuk dan selesema dengan baik.

Mengurangkan Risiko Barah

via GIPHY

Dalam satu kajian , ekstrak jus lobak merah yang digunakan selama 72 jam dalam rawatan sel-sel leukemia dan sel-sel kawalan tumor yang disebabkan oleh kematian sel dapat menghentikan perkembangan penyakit tersebut. Ini menunjukkan bahawa lobak merah mungkin mengandungi bahan kimia bioaktif yang berkesan untuk merawat leukemia. Satu lagi kajian daripada seorang lelaki muda mendapati bahawa diet kaya beta-karotena boleh menawarkan perlindungan terhadap kanser prostat.

Menurunkan Kolestrol 

via GIPHY

Jika anda menghadapi masalah untuk mengawal kolesterol anda, atau jika anda ingin mengawal kolesterol tanpa ubat, cuba pertimbangkan menambah jus lobak merah untuk diet anda. Mempunyai sumber potassium yang sangat baik, jus lobak boleh membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat. Tahap kolesterol yang lebih rendah mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kehamilan Lebih Sihat

via GIPHY

Minum jus lobak merah juga bermanfaat semasa dan selepas kehamilan kerana ia penuh dengan kalsium, folat, kalium, magnesium, dan tentu saja vitamin A. Kalsium membantu janin anda membina tulang dan rawan yang kuat, sementara folat mencegah kecacatan kelahiran. Vitamin C dan vitamin A pula berfungsi sebagai antioksidan yang kuat semasa kehamilan.

Memperkukuh Fungsi Otak 

via GIPHY

Beta-karoten dalam jus lobak juga boleh meningkatkan fungsi kognitif dan mengurangkan risiko masalah ingatan yang berkaitan dengan usia dan demensia. Tekanan oksidatif dikaitkan dengan kerosakan sel otak dan berlaku apabila sel-sel otak dan saraf tidak boleh tumbuh semula. Ini mengurangkan isyarat saraf dan mengurangkan fungsi kognitif. Walau bagaimanapun, beta-karoten dalam lobak boleh menguatkan fungsi otak dan meningkatkan daya ingatan. Dalam satu kajian, pekerja yang terdedah kepada plumbum dirawat dengan 10 miligram beta-karoten dalam tempoh 12 minggu. Kajian mendapati bahawa selepas rawatan, kumpulan yang menerima beta-karoten mempunyai tekanan kurang oksidatif.

Sumber: Health Line

Nur Farra