Siakap Keli

(Video) Trik Wajib Cuba Ambil Gambar Guna Skrin Telefon Untuk Efek Pantulan

Untuk kaki ‘mobile photography’ ataupun mungkin yang nak berkahwin tapi bajet tak berapa agak ketat untuk upah jurugambar, boleh cuba trik gempak daripada lelaki ni.

Mathias Fast seorang jurugambar perkahwinan menemui trik murah dan senang untuk menonjolkan lagi momen gambar perkahwinan pelanggannya dengan hanya menggunakan skrin telefon. Ya! skrin telefon sahaja.

Teknik ini akan membuatkan visual gambar seakan-akan terpantul dengan menggunakan komposisi mudah teknik fotografi.

Apa yang korang perlu buat hanyalah cuba bermain dengan sudut dan jarak yang betul untuk mendapatkan pantulan gambar yang ngam teruk macam dekat bawah ni.

Hanya 2 benda penting untuk hasilkan trik ini, kamera dan skrin telefon korang.  Katanya, dia tak edit langsung guna sebarang aplikasi atau editing software.  Gambar ni memang raw semata-mata. Hebat!

Sumber: Mathias Fast

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: