Siakap Keli

Wawasan Tanggungjawab Sosial Petronas Di Sarawak

Ada banyak faktor yang memyumbang kepada kejayaan seseorang. Sifat berani, usaha dan displin merupakan antara faktor yang sering dikaitkan dengan kejayaan. Namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain yang memainkan peranan seperti masyarakat setempat, taraf pendidikan dan persekitaran. Kejayaan seseorang sering kali mencerminkan sahsiah masyarakat mereka.

Muafakat membawa berkat adalah pepatah yang selalu kita dengar apabila membincangkan kepentingan masyarakat dalam perkembangan seseorang individu. Justeru Petronas menggalas tangunggjawab sebagai pemacu perubahan yang dapat memperkaya dan mempertingkat tahap kualiti hidup masyarakat setempat.

Syarikat minyak nasional itu telah melaburkan sejumlah besar masa dan tenaga melalui usaha CSR mereka untuk membantu meningkatkan kehidupan golongan yang memerlukan. Bagi negeri seperti Sarawak, Petronas telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membantu meningkatkan taraf hidup yang inklusif dan mampan bagi semua rakyat Sarawak. Infografik di bawah menerangkan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Petronas di Sarawak.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)