Siakap Keli

Berani Telan 10 Makanan Paling ‘Menakutkan’ Di Dunia Ini? Nombor 9 Paling ‘Seram’ Nak Makan

Apa makanan paling menakutkan’ atau pelik dan ‘rare’ yang pernah anda makan? Bagi yang berani mencuba, pasti pernah makan makanan yang pelik terutamanya jika travel ke luar negara kan? Penulis tak pernah lagi makan makanan yang pelik, takut nak cuba sebab boleh muntah dibuatnya.

Kebanyakan makanan pelik adalah dari negara Asia seperti Jepun, China, Kemboja dan banyak lagi. Bagi kita mungkin pelik, tapi bagi mereka sudah dianggap sebagai makanan biasa. Ada yang cakap sedap lagi !

Jadi kali ini, kami kongsikan kepada anda 10 makanan paling menakutkan dalam dunia. Tengok gambar pun sudah cukup ‘takut’ dan meloyakan tekak. Ada di antaranya anda tak sangka pun memang wujud !

1) Tuna Eyeballs

Tuna eyeballs atau bebola mata ikan tuna adalah hidangan yang popular di Jepun ! Ia dikatakan kaya dengan asid lemak omega tiga. Rasa macam sesuatu tengah pandang anda dengan pandangan yang menakutkan tak?

2. Putterfish

Putterfish atau nama lainnya ‘fugu’ di Jepun. Ia dikatakan sangat beracun dan boleh membunuh seseorang. Tiada yang pelik dengan rasanya kerana isinya yang lembut. Tapi bila ikan ini tersenarai dalam salah satu makanan paling berbahaya di dunia, kami rasa baik anda teruskan makan tuna dan salmon sahaja !

3. Katsu ika odori-don

Katsu ika odori-don adalah hidangan Jepun yang mempunyai campuran nasi dan mee. Di bahagian atasnya pula diletakkan sotong hidup. Sotong tersebut akan ‘berenang’ dan bergelut di dalam sos. Kemudiannya akan bertindak balas dengan garam yang diletakkan. Hati-hati sewaktu makan, kerana boleh menyebabkan anda tercekik. Kalau anda ‘hati tisu’ kami sarankan jangan makan. Bukan apa, nanti kasihan pula tengok sotong-sotong tu !

4) Labah-labah goreng

Labah-labah goreng adalah makanan istimewa orang Kemboja. Rasanya rangup di luar dan lembut di dalam. Ia biasanya dihidangkan bersama secubit herba dalam mee atau nasi. Kalau labah-labah selalu menakutkan anda, balas dendam dengan makan mereka !

5) Escamoles

Escamoles adalah telur semut hitam gergasi dan kadang-kala merujuk kepada ‘telur serangga’. Di Mexico, ia biasanya dimakan dengan dimasukkan ke dalam taco dan guacamole (makanan tradisional Mexico). Dikatakan mempunyai rasa seperti mentega dan kacang. Macam sedap je, amacam berani tak nak makan?

6) Casu Marzu

Casu Marzu adalah makanan tradisional istimewa Sardinia (sebuah pulau besar di laut Mediterranean). Ia diperbuat daripada keju susu kambing dan di dalamnya terdapat larva serangga hidup. Serangga ini kemudiannya akan ‘diperam’ di bahagian dalam keju tersebut sebelum siap untuk dihidangkan. Agak menjijikan bukan? Namun ia telah diharamkan kerana boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, mual, muntah dan cirit-birit.
7) Tuna
Tuna mungkin biasa. Namun menurut penyelidikan makan tuna berbahaya kepada kesihatan anda kerana ikan ini mengumpul toksi merkuri di dalam daging kerana pencemaran yang berlaku. Merkuri ini boleh membahayakan sistem saraf anda, menyebabkan kerosakan kognitif dan boleh menyebabkan masalah psikologi yang teruk. Rasa takut tak nak makan tuna lepas nie?
8) Sannakji
Sannakji adalah makanan istimewa Korea yang terdiri daripada anak sotong hidup. Hidangan ini ditambah perisa dengan biji dan minyak bijan. Walau bagaimanapun, sotong ini masih aktif melekap dan boleh menyebabkan bahaya tercekik yang serius. Cuba anda bayangkan, tengok syok makan, anak sotong ini melekap di bahagian mulut, tak ke tercekik anda nanti?
9) Balut
Antara yang paling menakutkan. Jijik dan boleh dikatakan kejam. Balut merupakan embrio itik yang disenyawakan separuh jalan. Teksturnya yang berlendir, berwarna kuning dan kelabu. Ia kemudiannya direbus hidup dan dimakan di dalam kulit telur. Tulang pada anak itik dikatakan memberi rasa rangup pada hidangan balut. Ia merupakan makanan Asia Tenggara iaitu dari Filipina. Ada yang berani nak rasa?
10) Otak Monyet
Dianggap sebagai makanan istimewa di China, makan otak monyet bukan sahaja dianggap sebagai makanan pelik, tetapi berbahaya kepada kesihatan anda. Ia boleh menyebabkan penyakit Creutzfeldt-Jakob. Satu penyakit yang merupakan gangguan neurodegenerative yang serupa dengan penyakit Mad Cow. Ia boleh mengakibatkan progesif demensia, penglihatan cacat, kemurungan dan akhirnya membawa kepada kematian.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.