Siakap Keli
Sumber Gambar : Otaku Revolution

Gunpla, Hobi Atau Sekadar Mainan ?

Peminat tegar Gunpla, mereka takkan terlepas walau satu pun model kit yang dijual di pasaran. Tetapi, tidak ramai yang tahu apa itu Gunpla dan menjadi suatu pertanyaan buat orang ramai. Adakah ianya sekadar mainan atau hobi yang sangat berharga?

Apa itu Gunpla? 

Gunpla adalah satu hobi yang begitu memuaskan hati si penggemar dan tanpa disedari akan ketagih untuk membeli dan memasangnya.

Gunpla merupakan istilah dari model plastik Gundam (Gundam Plastik =Gunpla). Gunpla adalah model Gundam plastik diadaptasi dari siri anime Gundam di Jepun. Gundam dihasilkan oleh Bandai dan telah tersedia di pasaran sejak 1980-an (Rujukan 1).

Mengikut Sejarah pembuatan Gundam, pihak syarikat Bandai di Jepun telah mengeluarkan model pertama 1/144 skala RX-78 Gundam pada tahun 1980 dan ini merupakan model plastik Gundam yang pertama di pasaran.

15 tahun setelah peningkatan kualiti dan teknologi, Bandai mengeluarkan siri revolusi yang dinamakan “Master Grade” pada tahun 1995. Perfect Grade pada tahun 1998, yang mewakili puncak siri Gunpla. Gred Tinggi, 1/60 skala, skala 1/100, Super Deformation (SD), Model Gundam EX, siri HY2M diperkenalkan selepas itu. Jumbo Grade, HCM(High Complete Model) Pro, First Grade, Speed Grade dan Mini Mode adalah siri baru yang dikeluarkan ke pasaran (Rujukan 2).

Baiklah, mesti yang bukan penggemar Gunpla tidak faham sangat mengenai revolusi Gundam ini. Berikut merupakan penjelasannya.

Gundam model kit semakin terkenal setelah tersebarnya anime dan manga ‘Mobile Suit Gundam’. Gundam Kit Model merupakan sebuah ‘Mobile Suit’ atau dipanggil sebagai mecha yang dikendalikan oleh seorang juruterbang di dalam badannya. Reka bentuk gundam pertama yang paling terkenal adalah RX 78-2 Gundam yang di reka oleh Hajime Katoki(Rujukan 3).

 

Gambar : TV Troopes

 

Gambar : Wallscover.com

Gundam model kit ini dikeluarkan dalam pelbagai jenis bentuk dan watak berdasarkan siri anime yang disiarkan dikaca televisyen. Selain itu, ia juga mengeluarkan pelbagai jenis saiz yang dikategorikan seperti berikut(Rujukan 4) :

Gundam SD (Super Deformed)

Strike Gundam

Gred ini tidak berskala seperti saiz mecha sebenar, hanya berskala (kepala:tubuh), iaitu 1:1. Kit gred ini hanya memiliki beberapa runner dan sangat mudah dipasang, tetapi mestilah teliti ketika memasangnya kerana setiap bahagiannya kecil dan perlu dicat. Pendek kata, ianya adalah versi mini (chibi) dari Gundam berkepala besar dan berkaki kecil. Kit ini sangat sesuai untuk kanak-kanak berusia di bawah 8 tahun dan bagi yang baru menceburi minat ini, SD Gundam sesuai untuk anda (Rujukan 5).

Gundam FG (First Grade)

FG1/144 Mobile Suit Gundam MS-06S Zaku II Char Aznable

First Grade ini adalah model kit Gundam yang dibuat dengan skala 1/144 dengan senjata dan aksesori yang minima. Ianya tidak sarat dengan senjata dan yang sesuai untuk penggemar Gundam yang baru menceburi minat ini.

Gundam HG (High Grade)

HG 00 Raiser

Gundam HG lebih kurang sama seperti Gundam FG dengan skala yang sama 1/144 atau 1/100 namun dengan komponen kit yang lebih teliti dan tahap kesukaran untuk memasang model kit ini sedikit mencabar(Rujukan 6).

Gundam RG (Real Grade)

RG Exia

Gundam RG merupakan gundam dengan skala dan tinggi yang sama seperti Gundam HG, namun pada RG terdapat bahagian-bahagian lebih ‘detail’ untuk dipasang dan dapat gundam tersebut poseable dimana terdapat sendi-sendi yang boleh dibengkokkan. Selain itu, komponen gundam ini juga digabungkan dengan sambungan yang dikenali sebagai ‘inner frame’.

Gundam MG (Master Grade)

MG-Exia Dark Matter

Ini merupakan gundam dengan tahap kepayahan untuk memasang yang sangat tinggi, skala yang digunakan adalah 1/100. Terdapat banyak bahagian-bahagian kecil dari tiap-tiap rangka yang harus dipasang. Biasanya Gundam MG ini lebih sesuai bagi penggemar gunpla yang telah lama mengumpul koleksi gundam. Jika yang baru berjinak-jinak dalam dunia gundam yang ingin memasang gundam jenis ini, anda pasti akan pening kepala.

Gundam PG (Perfect Grade)

PG-Unicorn Gundam 02 Banshee Norn

 

Gundam PG merupakan tahap tertinggi dalam skala gundam dimana ianya memiliki skala 1/60 atau memiliki tinggi anggaran 30-35cm. Tahap ini juga merupakan tahap yang paling sukar untuk dipasang kerana setiap bahagian komponen lebih teliti berbanding gundam gred lain.

Mega Saiz

Gundam Age-1 Normal

Model Mega Size (MSM) adalah  model yang berskala 1/48.  Walaupun berskala besar , Harga kit bagi Mega Size ini adalah lebih rendah daripada Perfect Grade skala 1/60 kerana kiraan bahagian yang lebih kecil dan banyak. Detail dan artikulasi kit Mega Size sama seperti kit HG cuma jauh lebih besar. Dicipta khas bagi yang baru berjinak-jinak terhadap Gunpla,   setiap kit dilengkapi dengan ‘Separator‘ untuk memotong sumbungan dari ‘runner’ dengan mudah(Rujukan 7).

Gundam Sebagai Hobi Atau Mainan?

Ramai yang mengatakan Gundam hanya sekadar mainan. Dari sudut pandangan orang biasa, memang ianya kelihatan hanya sebuah mainan. Namun, apabila kita melihat dari sudut penggemar koleksi Gundam, ‘mainan’ ini boleh berubah menjadi satu seni yang tidak ternilai lebih-lebih lagi bila dihasilkan oleh tangan-tangan magis seseorang yang berbakat. Hasil sentuhan mereka mampu membuat mereka meraih keuntungan yang melipat kali ganda(Rujukan 8).

Jangan salah sangka, mereka bukan hanya mampu menjual hasil seni mereka jika mereka inginkan, bahkan mereka juga mampu menjuarai pelbagai jenis pertandingan yang dianjurkan oleh pihak peminat Gunpla.

Sumber : https://gundamfront.wordpress.com/apa-itu-gunpla/

Hobi Yang Mahal Tapi Berbaloi

Boleh dikatakan hobi memasang dan mengumpul koleksi Gundam ini adalah diantara hobi yang mahal tapi pasti berbaloi bagi si penggemarnya. Bayangkan, Gundam SD pun dalam anggaran harga RM18 hingga RM60 bergantung kepada jenama pengeluaran sama ada P-Bandai ataupun yang biasa. Apatah lagi jenis gundam yang lain seperti Gundam PG yang sudah pasti mencecah RM1k.

Namun, harga bukanlah satu ukuran bagi pengumpul koleksi Gunpla ini kerana mereka boleh saja menyertai pelbagai pameran serta pertandingan yang boleh membawa pulangan yang lumayan.

Ramai Peminat 

Sejak pertama kali gundam model kit dikeluarkan, dunia Gundam mengalami peningkatan yang sangat memberangsangkan dalam reka bentuknya dan teknik pemasangan yang dilakukan oleh Bandai. Ada beberapa jenis gunpla yang terbahagi kepada beberapa kategori berdasarkan jenis gred gundam, tahap kesusahan dalam memasang setiap komponen ‘runner’ dan kesempurnaan dalam model setelah selesai dipasang(Rujukan 9).

Perbandingan Gred Menentukan Tahap Kemampuan Si Pembeli

Gred Gundam menentukan kualiti dan tahap kemampuan si pembeli. Gundam dengan gred yang sangat terperinci sesuai dengan bagaimana ia direka dalam siri Gundam yang sedia ada. Walau bagaimanapun, ia mungkin sukar untuk si pengumpul yang baru saja berjinak dalam dunia Gunpla ini dan dinasihatkan untuk membeli dari Gunpla gred kecil dahulu dan jika sudah mahir, mulalah beralih kepada gred yang lebih tinggi.

Skala gunpla adalah bilangan pecahan yang mewakili berapa lebih kecil gunpla dibandingkan dengan ukuran sebenarnya(Rujukan 10).

 

Gambar : Otaku Revolution

Kesimpulannya, Gunpla bukanlah satu alat mainan, tetapi ianya merupakan satu hobi bagi ‘builder‘ yang baru berjinak dalam Gunpla disamping mampu menjana pendapatan serta dapat berkongsi minat sesama peminat Gunpla yang lain. Hobi ini juga mampu menjadikan seseorang lebih kreatif, dengan kosnya yang agak mahal menjadikannya lebih dihargai.

Bagi pengumpul dan peminat Gunpla yang tiada tempat untuk berkongsi minat, anda boleh ke facebook page Gunpla Builders MALAYA dan berkongsi segala maklumat bersama ‘gunpla builders‘ yang lain.

 

Rujukan:

  1. https://blog.fromjapan.co.jp/en/anime/why-is-gunpla-so-addictive.html
  2. http://www.articlecity.com/articles/hobbies/article_1467.shtml
  3. https://ontakeriput.wordpress.com/2014/06/09/gunpla-sebuah-hobi/
  4. http://abiandara-civil.blogspot.com/2016/04/apa-itu-model-kit-gundam-apa-itu-gunpla.html
  5. https://gundamfront.wordpress.com/apa-itu-gunpla/
  6. https://japanesestation.com/yuk-kita-mengenal-gundam-plastic-model-kit-gunpla-mokit/
  7. http://gundam.wikia.com/wiki/Mega_Size_Model
  8. http://gundam.wikia.com/wiki/Gunpla
  9. http://majalahgundam.blogspot.com/2015/08/apakah-itu-gunpla-apa-perbedaan-seri.html
  10. https://www.gunplamontreal.com/2017/08/24/why-build-gunpla-an-introduction-to-the-world-of-gundam-model-making/

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey