Siakap Keli

Mayat Warga Emas Berlumuran Darah Ditemui Depan Kedai

Seorang lelaki, Koo Kar Chung, 56 yang dipercayai dibunuh ditemui di Taman Mallim Jaya, Melaka awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata, mangsa yang berasl dari Taman Malim Jaya ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kaki lima sebuah kedai di Jalan Berkat 2, Taman Malim Jaya pada pukul 8 pagi tadi.

“Siasatan awal polis mendapati terdapat terdapat kesan luka akibat tikaman  di bahagian leher dan luka di kedua-dua ketiak, mulut sebelah kanan, kepala serta belakang leher namun tiada sebarang senjata ditemui di kawasan berhampiran mayat,” katanya.

Pihak polis percaya bahawa kejaidan tersebut berlaku di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Berkat 6 di Taman Malim Jaya yang terletak kira-kira 250 meter daripada lokasi mayat mangsa ditemui.

Menurut Afzanizar lagi, pihak polis turut menemui tompokan darah di hadapan bengkel tersebut dan sebatang pemutar skru panjang dengan kesan darah padanya.

Justeru katanya, polis percaya mangsa diserang oleh suspek di bengkel tersebut seblum mangsa menggagahkan diri berjalan kira-kira 250 meter sebelum rebah di kaki lima sebuah kedai.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.