Siakap Keli

Saya Suap Anak Makan Walaupun Mereka Dah Besar, Lepas 10 Tahun, Ini Yang Mereka Balas

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi setiap pasangan yang berkahwin. Setiap ibu-bapa pastinya menginginkan anak yang dididik mendengar kata dan menyenangkan hati mereka.

Namun, ada anak yang gemar melawan. Setiap nasihat ibu-bapa umpama mencurah air ke daun keladi. Jadi bagaimanakah caranya agar ‘bonding’ atau ikatan antara anak dan ibu-bapa menjadi kuat hinggakan mereka meletakkan kedua orang tua paling teratas dalam segala hal?

Perkongsian oleh Puan Azila Ghani mungkin boleh digunapakai oleh ibu-bapa di luar sana dalam mendidik anak-anak yang masih kecil. Nampak remeh, tapi sebenarnya salah satu faktor penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Kesannya apabila anak-anak meningkat dewasa nanti.

Ya, Ayra 4 tahun..dan saya masih menyuap Ayra makan.

Dalam waktu yang sama saya pastikan juga beliau tahu guna sudu dan garfu. Untuk perkembangan motor kasar beliau.

Gambar Hiasan

Dan, suap makan anak bukan untuk tak nak sepah semata.. tapi lebih kepada “bonding-time”. Kalau tak nak sepah, ibu takdela buat messy play kan.

Kerana apa? Kerana saya tak pernah lupa satu post yang saya pernah baca di group homeschooling. Hasil tulisan Dr. Siti Rohana Abd Rahman. Saya kongsikan ya. Sedikit panjang, but worth to read it.

Saya faham, bila anak kita kecil2.. kita letih kan?

Gambar Hiasan

Kita rasa.. ya Allah.. cepatlah besar budak-budak ni..mama nak rehat.. mama ni nak mandi pun tak sempat.. mama dah lama tak dapat makan dengan nikmat telan slow-slow… asyik telan tak kunyah je nasi.. punya nak cepat.. nak suap anak lagi.

Cepat lah boleh makan sendiri.. cepat lah… boleh main sendiri… cepat lah.. boleh duduk sendiri.. cepat laaa.. cepat laaaaaaaa..

Jadi.. kita mempercepatkan mereka untuk “matang”..

Lagi cepat makan sendiri lagi baik.. mama tak payah tengok sangat.. mama tak payah suap…

Gambar Hiasan

Ada orang tanya saya..

Macam mana akak buat anak akak rapat, hormat dan memang dahulukan akak dari diri sendiri walaupun anak dah 10 tahun… anak saya tak pernah cakap tak nak, nanti, tak boleh bila saya panggil, anak yang akan berhenti dan bertanya terus walau saya hanya terbatuk! MashaaAllah..

Gambar Hiasan

SAYA SUAP MAKAN ANAK SAYA,

untuk tempoh yang lama..

Walaupun org berbunyi.. anak dah besar pun suap lagi.. anak nanti tak reti makan sendiri, anak nanti manja, anak nanti nanti nanti (hebat tok nujum sekeliling kita)

Saya buat tak tahu.

Kenapa saya suap makan anak saya?

Guna tangan saya.. dari pinggan yang sama untuk semua.

Gambar Hiasan

Bila kita suap makan, kita pandang mata, dia pandang kita, kita senyum, dia bahagia, dia nampak kita sanggup skip makanan masuk mulut kita untuk dia, dia tahu korban kita, dia tahu kita sayang dia… dia tahu yang kita hargai dia… dan dia berharga.

Dengan cara ini juga melatih anak bersabar, berkongsi, saling mengingati dan kukuhkan kasih sayang antara adik beradik.

PERCAYALAH…

Tak selamanya anak kita mahu di suap.

Ambillah peluang masa anak masih ada masa pandang kita… jangan nanti bila anak dah sibuk, baru kita terhegeh-hegeh meminta pandangan matanya… walhal masa mereka memerlukan mata kita, kita terlalu sibuk nak “jauhkan” mereka dari kita.

Gambar Hiasan

Kepada ibu-ibu muda.. tak selamanya kamu akan lelah… anak-anak akan membesar.. berlelah-lelah lah kamu untuk amanah Allah ini… kerana tiada pengorbanan yang sia-sia di sisi Allah Maha ESA.

*tidak sokong, terpulang lah.. saya sedang melihat sendiri kesannya, semoga Allah jadikan anak-anak dan keturunan kita penyejuk mata dan hati kita…Amin.

Semoga bonding kita dengan anak-anak semakin kuat.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.