Siakap Keli

Terkini: 4 Remaja Berjaya Dikeluarkan Dari Gua

Bangkok, 8 Julai – Seramai empat remaja yang terperangkap di dalam gua di utara Thailand telah berjaya dikeluarkan selepas mereka terperangkap selama dua minggu, kata salah seorang pegawai perubatan yang terlibat dalam operasi menyelamat pada Ahad.

Reuters melaporkan, pihak berkuasa di wilayah Chiang Rai memulakan operasi mengeluarkan kesemua 12 remaja dan jurulatih mereka pada awal Ahad.

Misi menyelamat itu dibuat selepas mengambil kira risiko air yang semakin naik di dalam gua terbabit. Bagaimanapun, operasi itu diberhentikan seketika susulan beberapa kekangan dan akan disambung kembali pada pagi Isnin kata Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn.

Beberapa portal berita sebelum ini menyatakan bahawa seramai enam dari remaja berkenaan telah diselamatkan namun pembetulan telah dibuat selepas gabenor menyatakan hanya empat yang baru diselamatkan.

 

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....