Siakap Keli

Viral Video Kutip Sampah: “Kalau Kawan Buang Puntung Rokok Pun Saya Kutip, Biar Dia Malu” – Bidas Syed Saddiq

Final Piala FA di Stadium Bukit Jalil semalam bukan sahaja meyaksikan Pahang merangkul kejuaraan Piala FA buat kali ketiga, malah turut menyaksikan Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Syed Saddiq, mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh penyokong-penyokong di stadium.

Rakaman video yang memaparkan ahli parlimen Muar itu memungut sampah bersebaran di internet seterusnya menjadi viral di media sosial. Ramai yang memuji tindakan Syed Saddiq itu namun ada juga yang meragui ‘kesahihan teladan’ yang ditonjolkan apabila menyifatkan ianya hanya sekadar lakonan.

Di Twitter tempatan, satu akaun yang diberi nama Penghasut Rakyat mempersoalkan aksi tersebut dengan berkata: “Kadang2 tu Naik Meluat bila Pemimpin2 Dan Menteri2 menunjuk2 atau Berlakon Lebih2 utk menarik Perhatian Rakyat..Jangan Main Politik Menunjuk2“.

Sedar akan kritikan itu, Syed Saddiq yang memang terkenal sebagai seorang yang aktif di Twitter membidas kenyataan itu dengan berkata dia memang pantang dengan orang yang membuang sampah merata-rata.

Saya pantang kalau nampak orang buang sampah merata-rata. Bagi mereka yang mengenali saya, ini bukan one-off.

“Kalau kawan buang puntung rokok pun saya pergi kutip. Biar dia malu dan tak akan buat lagi. Instead of the negativity, why don’t we all start doing the same.” tulis beliau.

Video Syed Saddiq memungut sampah itu bukan sahaja mendapat perhatian orang awam, malah turut mencuri tumpuan portal-portal berita tempatan yang menjadikan isu terbabit sebagai bahan berita mereka.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....