Siakap Keli
Gambar : Laporan polis yang dibuat

Hampir Jadi Mangsa Samun Dan Bunuh, Gadis Bawa Grab Ini Kongsi Detik Cemas Bawa Penjenayah Dalam Kereta

Belum habis dikejutkan dengan kes pemandu grab yang mati dibunuh tempoh hari, kes yang sama timbul pula. Kali ini seorang pemandu grab wanita hampir menjadi mangsa samun dan bunuh warga asing. Kurang dari 17 minit untuk sampai ke lokasi  penumpang, mujurlah sebuah kereta polis menahannya.

Ikuti perkongsian detik cemas oleh Jamila Husna mengenai kejadian yang menimpa dirinya itu. Ngeri apabila membayangkan membawa penumpang yang disangka memberi pendapatan rupanya adalah penjenayah.

Dapat tempahan grab dari tiga orang penumpang warga asing, dua lelaki dan seorang perempuan.

Tiada apa yang mencurigakan ketika dia membawa penumpang tersebut. Namun, ketika lebih kurang 10 minit pemanduan, tiba-tiba keretanya ditahan oleh polis.

Pemeriksaan polis mendapati, ketiga-tiga penumpang langsung tidak membawa pengenalan diri mahupun wang.

Mengejutkan, apa yang dijumpai hanyalah sebilah pisau. Polis mengesahkan bahawa ini merupakan cubaan samun dan bunuh !

Ketiga-tiga penumpang tersebut kemudiannya dibawa ke balai polis bagi tujuan soal siasat.

Mereka memberi alasan tidak munasabah, pisau tersebut dibawa untuk memotong sayur.

Gambar : Laporan polis yang dibuat

Wanita ini bernasib baik kerana keretanya ditahan oleh polis, jika tidak mungkin dia menjadi mangsa seterusnya.

Apa pun, moga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua pemandu grab atau teksi di luar sana agar sentiasa berhati-hati. Bayangkan jika kereta wanita ini tidak ditahan oleh polis, apa yang akan terjadi ke atasnya?

Satu sistem keselamatan yang ketat harus dilakukan bagi mengawasi pemandu-pemandu ini agar tidak menjadi mangsa penjenayah di luar sana.

Sumber : Jamila Husna

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.