Siakap Keli

Makeup, Kopi Dan Rempah Antara Yang Dilarang Dalam Bagasi Tangan Di UK

Barangan harian seperti alat solek, kopi dan rempah akan dilarang dibawa masuk dalam bagasi tangan bagi semua penerbangan keluar dari United Kingdom (uk), dakwa laporan berita.

Difahamkan, kerajaan UK dipercayai sedang menyusun senarai baharu barangan berkenaan.

Tindakan itu diambil susulan Australia, Amerika Syarikat dan New Zealand memperkenalkan larangan seumpamanya pada bulan lalu.

Mereka mengamalkan peraturan baharu selepas pegawai Australia menggagalkan rancangan untuk meletupkan penerbangan Etihad dari Sydney ke Abu Dhabi tahun lepas.

Dikatakan serangan keganasan hanya boleh dicegah apabila bagasi tersebut ditinggalkan di daftar masuk, kemungkinan kerana ia terlalu berat.

Gambar : Mirror UK

The Times UK melaporkan bahawa peraturan baharu mungkin menjadikan serbuk di bawah sekatan yang sama seperti cecair.

Semua serbuk akan dikenakan sekatan kepada 56 gram dan perlu melalui pemeriksaan lanjut keselamatan.

Sebelumnya, peraturan mengenai cecair diperkenalkan berikutan tragedi 9/11.

Bagaimanapun, timbul kebimbangan mengenai peraturan baharu mungkin menyebabkan barisan lebih panjang di bahagaian keselamatan lapangan terbang.

Seorang jurucakap berkata: “Bagi setiap negara untuk menentukan langkah-langkah keselamatannya berdasarkan penilaian mereka sendiri.

“Kami bekerjasama rapat dengan semua rakan antarabangsa kami untuk memastikan keselamatan penerbangan di bawah kajian yang berterusan,” katanya.

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.