Siakap Keli

5 Makanan Yang Selalu Korang Makan Menyebabkan Badan Penat Dan Mengantuk

Mungkin korang pernah perasan, ada sesetengah makanan yang lepas makan je rasa mengantuk, lemau lain macam kan? Tapi, ada juga sesetengah makanan atau minuman yang membuatkan mata korang segar sepanjang hari, contohnya seperti kopi. Pun begitu, ada je yang minum kopi rasa mengantuk lagi.  Ikut jenis orang kot?

via GIPHY

Ada kajian pernah menyatakan bahawa makanan segera atau tak sihat pun boleh menyebabkan badan kita jadi penat.  Kalau korang rasa penat lain macam lepas makan makanan seperti itu, mungkin lepas ni boleh cuba untuk kurangkan pengambilan.

Hari ini kami kongsi 5 lagi makanan yang boleh buat badan jadi penat dan lemah lepas makan.  Apa 5 makanan tu? Jom baca.

Ceri

Buah ini mengandungi kandungan hormon melatonin yang tinggi dimana ia mengawal kitaran tidur dan bangunan korang.  Dos melatonin yang tinggi boleh menghantar isyarat kepada tubuh bahawa tiba masanya untuk tidur.  Kalau nak makan tu, makan waktu malam sebelum tidur jangan makan waktu tengah hari ya.

Roti

Karbohidrat menyebabkan paras glukosa dalam darah menaik dengan cepat, sebab itu lah tenaga korang memuncak-muncak lepas makan roti atau nasi.  Tapi, kalau paras glukosa ini mula merundum, badan mula rasa penat dan bersedia untuk tidur.  Roti bijirin lebih baik daripada karbohidrat yang diproses seperti roti putih.

Cokelat Gelap

Walaupun dark chocolate mempunyai kafein didalamnya, ia juga mengandungi serotoni dan neurotrasmitter yang membuatkan badan rasa cepat lemau.

via GIPHY

Ayam Belanda

Sama seperti dark chocolate, ayam turki juga mempunyai tryptophan, asid amino yang boleh . meningkatkan tahap serotonin dalam badan.

Pisang

Kalium dan magnesium dalam pisang membuatkan perasaan mengantuk membuak-buak lepas makan.  Dua bahan ini membantu merehatkan otot sekaligus membuatkan korang tidur dengan nyenyak.

Sumber: National Sleep Foundation

Nur Farra