Siakap Keli

Epal Merah VS Epal Hijau, Mana Lebih Baik Untuk Diet?

Buah epal adalah salah satu buah yang paling disukai ramai malah merupakan buah yang menghasilkan jualan tertinggi dan terbaik dunia.

Namun, yang manakah menjadi kesukaan anda? Epal hijau atau epal merah? Apa perbezaan nutrisi yang dimiliki kedua-dua jenis epal ini?

Dari segi nutrisi, epal mempunyai kalori yang sangat rendah kerana 86% daripada keseluruhan adalah berat air.  Baki berat buah tersebut pula mengandungi karbohidrat, serta, lemak dan protein.

via GIPHY

Epal hijau yang lebih rangup ini dikatakan mempunyai kandungan gula yang lebih rendah serta perbezaan nilai kalori dengan epal hijau sekitar 10-20kcal sebiji.

Jadi, bagi anda yang sedang berdiet, epal hijau mungkin antara yang terbaik dan selamat bagi pesakit diabetis.  Epal merah mengandungi gula yang lebih manis dan tak masam.  Pun begitu, gula yang terdapat didalam buah ini adalah berbeza daripada gula yang diproses.

Pakar pemakanan, Fiona Tuck memberitahu bahawa epal hijau menjaga pencernaan badan yang terbaik.  Makan epal hijau sebiji sehari boleh mencegah kanser kolon, dan mengelakkan masalah berkaitan hempedu dan batu karang.

Epal hijau mengandungi sedikit serat, karbohidrat dan gula daripada epal merah.  Tetapi, jika antioksidan yang anda cari, epal merah mempunyai kandungan antioksidan lebih tinggi datangnya daripada kulitnya yang merah.

Namun, apa yang lebih penting adalah elakkan mengamalkan diet hanya dengan sebiji epal setiap hari tanpa mengambil makanan lain kerana, jika makan epal melebihi 6 biji sehari, kadar gula dalam tubuh akan meningkat.

Sumber: VWell Health

Nur Farra