Siakap Keli

(Gambar) 10 Resepi Menu Berpantang Yang Mudah Dimasak Dan Membangkitkan Selera

Tempoh selepas bersalin adalah tempoh yang paling penting bagi penjagaan diri seseorang wanita. Hal ini disebabkan trauma pada tubuh badan yang dihadapi setelah bergelut bagi melahirkan bayi. Seorang wanita setelah bersalin perlu mendapatkan semula tenaga dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang sewaktu menjalani tempoh berpantang yang mengambil masa sekitar 40 ke 100 hari mengikut kesesuaian tubuh badan individu.

Selain daripada pemakanan, penjagaan tubuh badan seperti berurut, bertungku, bertangas dan berbengkung juga memainkan peranan yang penting bagi kesihatan tubuh badan individu selepas bersalin. Penjagaan ketika berpantang juga berbeza mengikut adat masyarakat setempat.

Baru-baru ini, laman Instagram Bonda Rozita yang merupakan pengasas Sendayu Tinggi  telah berkongsi menu berpantang. Menu yang dikongsi tersebut turut menunjukkan cara penyediaan makanan yang kelihatan amat mudah dan ringkas namun masih lagi mampu membangkitkan selera ibu berpantang.

Oleh disebabkan itu, entri kali ini akan turut berkongsi 10 buah resepi menu berpantang yang diambil daripada laman Facebook Puan Sofiah Hussin. Puan Sofiah telah berkongsi mengenai cara memasak menu berpantang yang amat ringkas supaya mudah disediakan oleh sang suami.

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada pasangan yang menimang cahaya mata.

Menu Berpantang

Saje nak share menu dan resepi masa sy berpantang lps 2 minggu lebih bersalin. Sape kata lauk dlm pantang tak best..sedap tu..siap menambah lagi. Sape nak share silakan..nt bile berpantang blh tgk balik.

  1. Siakap Stim

Ikan
Bawang putih – hiris
Bawang merah – hiris
Halia – hiris
Serai – hiris
Lada hitam
Air limau nipis (bg yg x tahan blh tukar dgn air asam jawa)
Daun ketumbar(dlm gambo gune daun bwg je sbb xde stok)
Garam
Gula

#Cara masak:

– Letak semua bahan atas ikan.

– Kukus ikan sehingga masak.

2. Ikan Bakar Berempah

Ikan
Bawang putih -tumbuk
Bawang merah – tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk /serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Lada hitam

#cara masak:

– Lumurkan semua bahan pada ikan.

– Bakar ikan sehingga masak.

3. Sup Ikan

Ikan (merah/jenahak/tenggiri/siakap) -lumur ikan dengan garam,goreng dan ketepikan.
* tak goreng pn blh..(pilihan msg²)

Bawang putih – kisar
bwang merah – kisar
halia – kisar
Sup bunjut ikan
Air
Sayur (lobak,bunga kobis)
Lada hitam
Daun sup
#Cara masak:- Masukkan bhn kisar,air dan sup bunjut ikan ke dalam periuk.- Masukkan sayur lobak & bunga kobis.- Bila sayur dah hampir lembut, masukkan ikan.

– Last sekali masukkan garam dan lada hitam..bila kuah dah mendidih boleh tutup api..siap.

– Taburkan daun sup sebelum hidang.

4. Ikan Bilis Berkunyit
Ikan bilis
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit
Lada hitam
Air asam jawa
#cara masak:- Tumbuk semua bahan kecuali air asam jawa.- Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk,masukkan air asam..masak hingga mendidih.
5.  Kari Ikan (Tanpa Santan)

Ikan
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Kari ikan
Tomato
Air
#Cara masak:- Tumis bwg putih,bwg merah,halia, halba campur dgn sedikit minyak..- Masukkan tomato dan daun kari,.masak sehingga layu..- Masukkan kari ikan..masak sehingga pecah minyak

– Masukkan air,ikan dan air asam jawa

– Bila ikan dh masak..masukkan garam..tunggu sehingga mendidih..siap

6. Serunding Halia


Halia
Lada hitam
Garam
Ikan bilis – goreng
Bawang putih – goreng

# Cara masak:

– Sagat halia dan perah/tapis airnya.

– Goreng halia yg disagat tadi dgn api sederhana sehingga garing. Dah siap goreng,toskan minyak.

– Campurkan halia goreng,ikan bilis goreng,bwg putih goreng,garam dan lada hitam.

– Gaul sebati dan simpan dalam bekas.

7.  Ayam Bakar Berempah

Ayam
Bawang putih – tumbuk
Bawang merah -tumbuk
Halia – tumbuk
Kunyit – tumbuk
Serai – tumbuk
Lengkuas – tumbuk
Serbuk kari
Lada hitam
Garam
Gula / madu

# Cara masak:

-Gaul sume bahan bersama ayam..perap sekejap.

-Bakar sehingga ayam masak.

8. Singgang Ikan

Ikan
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Serai -di titik
Air
Sedikit air asam jawa
Lada hitam
Garam
#Cara masak-Masukkan sume bahan dalam periuk.

-Masak sehingga ikan masak.

9. Daging Goreng Kunyit
Daging
Kunyit
Bawang putih
Bawang merah
Garam
Lada hitam
Air
#Cara masak:-Perap daging dengan kunyit,garam dan lada hitam lebih kurang 10 minit,ketepikan

-Masukkan daging tadi ke dlm kuali,masukkan sedikit air..masak sehingga air daging kering dan daging empuk

-Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah..gaul sebati..siap.

10. Ayam Ungkep Lada Hitam
Ayam
Bawang putih – kisar
Bawang merah – kisar
Halia – kisar
Kunyit – kisar
Ketumbar – kisar
Jintan – kisar
Serai – ketuk
Lada hitam
Air asam jawa
#Cara masak:

-Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau

-Masukkn serai yang diketuk,tumis hingga garing

-Kemudian masukkan ayam dan air (ikut nak kuah byk mne)

-Tutup kuali dan biarkan ayam masak

-Bila ayam dah masak,masukkan garam,asam jawa dan lada hitam..gaul sebati..siap

** kalau taknak tumis, masukkan semua bahan dalam kuali, tutup kuali dan masak sehingga ayam masak.

Sumber- Nor Sofiah Hussin

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar