Siakap Keli

Hanya Kerana Tak Asingkan Cucian Warna Baju Putih, Pembantu Rumah Dipercayai Diserang Oleh Aktres Cantik Ini

Seorang aktres cantik Bollywood didakwa telah mencederakan pembantu rumahnya hanya kerana dia terlupa mengasingkan cucian pakaian yang berwarna putih dan gelap.

Pembantu rumah, Esther Khes, 31, dikatakan telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap bekas majikannya itu selepas insiden diserang dan dihalau tersebut.

Menurut Esther, dia menyedari kesalahannya mengenai cucian pakaian yang berwarna putih yang terkena warna gelap sebelum memberitahu perkara tersebut kepada aktress Kim Sharma.

“Selepas pakaian-pakaian itu dibasuh, saya dapati warna baju hitam terkena baju putih. Saya tahu saya salah dan segera memberitahunya,” ujarnya yang dipetik dari laporan  Mumbai Mirror.

Jelas Esther lagi, Sharma menjadi marah berikutan kesilapannya dan telah mengasarinya serta menolaknya keluar dengan turut memberi amaran supaya dia tidak datang ke rumah itu lagi selain melemparkan kata-kata kesat kepada dirinya.

Dia memfailkan tindakan undang-undang di bawah seksyen 323 (secara sengaja menyebabkan kecederaan) dan 504 (menghina dengan sengaja dengan tujuan untuk mencetuskan kekecohan) selepas aktress itu enggan membayar gajinya,

Bagaimanapun, Kim Sharma memberitahu Mumbai Mirror bahawa dia akan membayar gaji pada 7 Julai dan tidak memukul bekas pembantu rumahnya itu.

Sumber- Mumbai Mirror

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar