Siakap Keli

Jepun Dengan Ciptaan Merentas Masa Hasilkan Bawang Tanpa Air Mata

Jepun yang terkenal dengan rekaan merentas masa ini sekali lagi mengejutkan dunia apabila selepas 20 tahun pengkajian, sebuah syarikat makanan Jepun telah berjaya mencipta bawang yang tak mengeluarkan air mata.

via GIPHY

Bawang India yang diberi nama ‘Smile Ball’ itu merupakan bawang pertama di dunia yang tak memedihkan mata.  Hebat teruk.

Penemuan ini berjaya mengubah sifat asal bawang yang mengeluarkan rembesan memedihkan mata tanpa mengubah rasa dan khasiat bawang asli.

Smile Ball ini mempunyai rasa manis seperti epal atau pear apabila dimakan mentah-mentah dan sudah dipasarkan di sekitar Tokyo dan melalui pasaran atas talian.

via GIPHY

Harga sekilogram bawang ini dijual pada harga RM18 dimana dua kali ganda lebih mahal daripada harga bawang biasa.  Berbeza daripada bawang biasa, Smile Ball tidak mempunyai bau yang kuat dan tidak akan menyebabkan nafas berbau.

Sumber: Munchies

Nur Farra